•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Negara kita sememangnya terkenal dengan kepelbagaian dan keenakan makanan tempatan. Lebih menarik lagi apabila terdapat menu yang diolah dan ditambah baik untuk memberikan citarasa terkini yang lain dari yang lain.

Makanan yang lazat dan mempunyai keunikannya tersendiri pasti akan menjadi buah mulut penduduk tempatan. Disebabkan perkembangan media sosial sekarang, makanan tersebut mudah menjadi tular di seluruh Malaysia. Maka ramai lah yang berpusu-pusu mahu mencuba dan merasai keistimewaan yang dihebahkan. Ada yang sanggup travel jauh semata-mata mahu mencari makanan viral untuk dicuba.

Walaupun makanan tersebut pernah viral tapi tak semuanya bertahan lama hingga kini. Ada yang semakin sukar ditemui dan ada yang masih kekal sehingga sekarang.

Mari kita lihat 10 jenis makanan yang pernah viral suatu ketika dahulu dan pernah menjadi fenomena di seluruh Malaysia.

1. Ais Krim Pasu

Kredit : Azlan Rumadi

Ais krim pasu pernah menjadi fenomena sekitar tahun 2015. Dikatakan ia mula popular di Jonker Walk, Melaka dan kemudiannya viral ke suluruh Malaysia. Dalam masa beberapa hari, ais krim pasu sangat mudah diperolehi kerana ramai peniaga yang menjualnya disebabkan permintaan yang tinggi. Tetapi kini, ia hampir tidak lagi dijual dan sangat sukar untuk diperolehi.

2. Kuih Keria Gula Melaka

Kuih keria gula melaka mula viral pada tahun 2016 di Melaka. Ramai yang sanggup datang dari jauh dan beratur semata-mata mahu merasai keenakan kuih tradisional ini. Kuih keria asalanya disaluti dengan gula putih namun diberi olahan baru dengan menggunakan gula melaka. Kuih keria gula melaka kemudiannya mudah didapati di kebanyakan tempat tapi rata-rata tidak dapat menandingi keenakan kuih keria gula melaka original yang mula-mula viral di Melaka. Kuih ini sehingga hari ini masih lagi dijual dan mendapat perhatian.

3. Ais Kepal Milo
Ais kepal milo pernah menjadi fenomena pada awal tahun 2018. Asalnya ia mula dikenali dari seorang peniaga di Kuala Kangsar yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Abah. Liputan meluas media terhadap ais kepal milo beliau menjadikan ia terkenal dan mengundang ramai peminat dari luar kawasan untuk merasai keenakan ais kepal milo ini. Namun begitu, menu ais kepal milo mula tersebar diseluruh Malaysia tapi hanya beberapa tempat sahaja yang berjaya memenuhi citarasa pelanggan, selainnya hanya merosakkan reputasi ais kepal milo.

4. Goreng Pisang Cheese
Ia mula tular sekitar tahun 2014 dan sehingga kini masih mendapat permintaan dari peminat cheese. Pisang goreng cheese masih banyak dijual sehingga kini dan pernah diceritakan bahawa ia mula tular di Indonesia pada awalnya sebelum diperkenalkan di negara kita.

5. Pau Cendawan
Bazar Ramadhan Putrajaya tiba-tiba menjadi terkenal disebabkan pau cendawan ini yang tular di media sosial pada bulan puasa tahun 2016. Inovasi yang diberikan kepada pau cendawan ini menjadikan ia sangat unik dan menjadi tumpuan apabila rata-rata yang mencubanya mengatakan pau ini sangat sedap.

Ia menjadi bertambah viral apabila ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan pau cendawan viral ini.

6. Chicken Spicy Ramen
Mee segera dari Korea ini mula viral sekitar tahun 2016 melalui ‘Spicy Ramen Challenge’ yang dilakukan bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia. Tahap kepedasan mee segera Korea ini menyebabkan ramai yang mencubanya dan menjadikan ia sebagai satu cabaran.

Anda boleh lihat banyak video Spicy Ramen Challenge di youtube antaranya dari Daus Redcsraz Channel. Sehingga kini, spicy ramen masih mendapat permintaan kerana ia sentiasa mengeluarkan perisa terbaru untuk dicuba.

7. Shellout
Anda pernah cuba makan makanan laut secara lambak di atas meja tanpa pinggan? Ianya mula dikenali sebagai makanan Shell Out dimana hidangan seafood dihidangkan hanya beralaskan plastik di atas meja. Fenomena seafood lambak ini bermula sekitar tahun 2015 dan kemudiannya restoran seafood yang menghidangkan menu sebegini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

8. Burger Bakar
Sekitar tahun 2012, burger bakar pernah menjadi fenomena di Malaysia apabila ia mendapat permintaan yang tinggi di seluruh Malaysia. Paling dikenali adalah Burger Bakar Abang Burn yang memiliki berpuluh cawangan. Burger bakar telah membuka peluang ramai usahawan muda menceburi bidang perniaga secara lebih serius. Sehingga kini, burger bakar masih boleh didapati tetapi tidak popular seperti dahulu.

9. Jeruk Mangga Asam Boi

Kredit: Secuit Rasa

Jeruk mangga asam boi pernah viral di seluruh Malaysia bermula tahun 2014. Resepi istimewa jeruk ini adalah kerana campuran cili padi yang dipotong, limau kasturi dan juga asam boi. Kombinasi rasa ini sangat menjadi dan mendapat perminataan yang tinggi suatu ketika dulu.

10. Kuih Kerbau Guling

Kredit: MyMetro

Kuih kerbau guling mula popular pada bulan puasa 2018 di Rantau Panjang, Kelantan. Kuih yang berasal dari Thailand itu juga dikenali dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam mempunyai tekstur yang lembut dan dimakan bersama kelapa parut. Warna hitam kuih ini datangnya dari arang tempurung yang digunakan sebagai salah satu bahan pembuatan. Walaupun ia viral,  kuih ini hanya boleh diperolehi di Kelantan dan jarang diperolehi di tempat lain.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Baca juga  Resepi Kulit Ayam Crispy / Rangup

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini