Ya.. Memang ramai yang tak tahu sebab mereka tak ambil peduli sebelum berlaku kematian kepada waris. Akhirnya duit khairat kematian yang layak dituntut tu berlalu macam tu je. Ada yang berjumlah hampir RM10k.

Rugikan !

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris)

10 tempat tuntutan perbelanjaan Khairat Kematian apabila berlaku kematian kepada waris

1.Khairat Kematian Khariah Masjid
▪Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2.Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3.Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4.Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5.Khairat Kematian Bank Rakyat
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

6.Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 – RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7.Khairat Kematian Skim Takaful
▪RM 2,000 – RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful

8.Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
▪RM 500 – RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi

9.Khairat Kematian Pencen
▪RM3000

10.Lain-lain
▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

Baca juga  Hellboy 2019 Hadir Dengan Versi Reboot

Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Jadi selepas ini, jika tiada akaun Bank Rakyat, sila buka akaun bank tersebut. InsyaAllah ada manfaatnya. Bank Rakyat adalah satu-satunya bank yang ada khairat kematian.

Bagi yang bekerja sendiri, dan tak mencarum dalam skim KWSP dan PERKESO, sila carum secara sukarela. Pergilah mengadap pegawai kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. InsyaAllah mereka akan membantu.

Yang tak ada insuran/takaful diri, sila la beli takaful dengan kadar yang mampu. Banyak syarikat Takaful yang tawarkan bermacam-macam pelan perlindungan diri dan kelurga sekarang.

Tak perlu nak beli caruman yg mahal tapi hanya mampu bayar untuk 3 bulan sahaja. Kalau tak mampu sangat, beli Personal Accident (PA) je. Cukup murah tapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.

Yang paling penting sebelum menyertai apa-apa skim Takaful, sila fahami betul-betul apa yang nak kita ambil tu.

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan dan anak-anak supaya mereka boleh dan senang untuk buat tuntutan jika berlaku sesuatu pada anda nanti. Buat satu senarai supaya senang mereka rujuk.

Semoga bermanfaat…

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini