10 Tips / Cara Memilih Durian Yang Baik


Sekarang rata-rata dalam media sosial orang kongsi tentang durian. Menjadi durian tahun ni. Musimnya pun serentak di seluruh negara. “Hantu” (penggemar) durian pastilah orang yang paling gembira saat ini. Mana tidaknya, buah idaman tidak perlu dicari di tempat lain. Di kawasan perumahan sendiri pun boleh jumpa gerai durian.

Gerai durian pula tumbuh di merata-rata tempat dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Kalau dulu harga Musang King melonjak sehingga lebih RM50 sekilogram, sekarang ianya ditawarkan dengan harga serendah RM20 sekilogram. Durian kampung biasa pula dengan harga RM10 dah boleh dapat 3 biji.

Walaupun dengan lambakan durian tersebut menekan harga durian menjadi murah, masih ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menipu pembeli. Antara taktik penipuan dalam penjualan durian ialah menipu timbangan, menipu mutu isi durian dan sebagainya.

Berlaku banyak kes, kita pilih dan beli durian yang nampak bagus dari luarannya, tetapi lain kualitinya apabila ia dimakan di rumah. Ini adalah kerana kita nak nampak isi sebenar di dalam. Malah kalau isinya dikeluarkan dan dibungkus plastik pun, belum tentu rasanya seperti yang kita sangka.

Sebenarnya ada cara untuk memilih durian yang baik. Petua ni dikatakan amat berkesan untuk menilai dan memilih durian yang terbaik. Kebetulan cara ini ada dikongsi di laman Facebook (page Durian Malaysia). Lalu kami panjangkan di sini untuk manfaat bersama .

10 cara / tips / petua untuk memilih durian yang baik

1. Bentuk bulat.

Pilihlah Durian yang berbentuk bulat. Elakkan yang berbentuk tirus bujur. Ini adalah kerana durian berbentuk bulat ni mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian.

Yang ni ramai yang keliru. Untuk durian makin ringan buahnya, makin banyak isi durian. Kalau diberi pilihan untuk memilih antara dua durian yang sama saiz buahnya, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai

tangkai durian boleh menjadi indicator mutu buah durian

Tangkai penting dalam pemilihan durian. Elakkan membeli durian yang sudah tertanggal tangkainya kerana ia sukar untuk dinilai. Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Jika tangkai agak kering, tekan dengan hujung kuku untuk menentukan yang durian tersebut dah lama gugur atau baru gugur.

4. Bunyi.

Gunakan pisau ataupun kapak yang disediakan di gerai durian untuk mengetuk buah durian. Dengar dengan teliti bunyi ketukan. Pilih durian yang berbunyi padat kerana ia mempunyai isi yang banyak.

5. Duri.

Perhatikan jenis duri durian. Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau.

Hidu durian dan cari yang berbau manis. Ia menandakan rasa durian yang sedap.

7. Juring atau paksa

Durian berjuring / berpaksa lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi durian. So elakkan durian yang banyak juring.

8. Kulit.

Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Ini untuk menjamin kualiti isinya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna

Setelah dipilih, minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi durian. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Elakkan membeli semasa hujan/lembap. Ini adalah langkah untuk mengelakkan terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda ketika membeli durian. Beli durian ni kalau boleh biarlah kita puas hati. Harga mahal sikit pun tak apa, janji sedap…!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini