11 Tips Paling Mudah Kekal Kurus Dan Sihat

tips kurus mudah

Jika ditanya siapa mahu kurus, pasti majoriti akan angkat tangan tanda mahu. Tetapi tidak ramai yang tahu cara paling untuk jadi kurus dan sihat. Jadi sihat itu penting!

Ada yang berpendapat, nak kurus kena gi gym. Ada yang cakap, nak kurus, kena jaga makan dan kena gym. Tidak wajib pun semua itu.

Jom kami kongsikan cara kurus yang sihat dan paling penting, murah dan juga sihat!

1. Senaman Berterusan

Kalau anda mahu kurus tetapi 24 jam baring atas katil sahaja, lupakanlah.

Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.

Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.

2. Tidur Awal

Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.

Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.

Tidur tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan

Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan.

Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement.

4. Fikir Masak-masak Sebelum Join Program Kuruskan Badan.

Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

5. Lebihkan Sayuran Dalam Makanan.

Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran.

Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran.

Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?

Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

tips hidup sihat

6. Jangan ‘Skip’ Sarapan Pagi.

Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.

Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten.

Ini menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap

Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

Jadi, rancang menu anda setiap kali tiba waktu makan. Pasti nutrisi yang diperlu mencukupi setiap kali anda menjamu selera.

8. Nak Makan, Makanlah..Jangan Biarkan Berlapar.

Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.

Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

9. Bertenang. Elak ‘Stress’

Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit.

Elakkan berada di dalam situasi ‘stress’ yang terlalu lama seperti berada dalam kesesakan trafik, tempat terlalu ramai orang, tempat berbau yang kurang menyenangkan kerana ini akan memudaratkan anda.

10. Berhati-hati Setiap Masa.

Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas.

Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

11. Lakukan Pemeriksaan Doktor Secara Berkala.

Selalulah melakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual.

Tidak guna anda mencapai tahap kurus yang diinginkan tetapi anda menghidapi pelbagai penyakit akibat kekurangan zat dan nutris yang diperlukan badan.

Tak kurus takpe, janji anda ‘fit’ dan sihat untuk melakukan aktiviti harian.

medical checkup socso

Dah hadam 12 cara kurus paling mudah di atas tu.

Setuju tak, tak susah pun hendak kurus dan sihat.

Hanya kadang-kadang kita perlu lebih bijak dalam mengawal nafsu, menggunakan sedikit akal dan kekal pada sesuatu rutin. Rasanya ada banyak lagi tips kurus dengan sihat yang sedang diamalkan oleh kawan-kawan yang lain. Apa kata kongsikan juga kepada kami di Ohsempoi.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini