19 Fakta Menarik Tentang New Zealand Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Ke Sana

Tasik Taupo, tasik tadahan air hujan dan salji

Siapa yang pernah sampai ke New Zealand (NZ). Yang dah pernah jejakkan kaki ke sana pasti akan teringat-ingat akan kecantikan alam semula jadi di sana. Tanah subur NZ kaya dengan tumbuhan dan rumput yang menghijau, tasik-tasik yang indah, bunga-bungaan yang cantik dan pelbagai, gunung ganang yang menarik dan banyak lagi yang menyegarkan mata.

Kami pernah sampai di North (utara) New Zealand. Di New Zealand ni ramai juga komuniti melayu Malaysia yang tinggal di sana. Samada mereka sedang melanjutkan pelajaran di sana ataupun terus menetap di sana. Malah Agensi Travel yang menaja kami, IKHLAS TOUR juga adalah rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Jadi jika anda berpeluang ke sana, boleh lah anda mencari mereka ini untuk sekurang-kurangnya berkenalan dengan mereka yang rata-ratanya adalah ramah dan mengalukan-alukan orang Malaysia ke sana. Jika ada apa-apa yang diluar jangkaan boleh la mintak tolong daripada mereka.

Sepanjang kami di North NZ tu, kami sempat banyak perkara menarik dan unik yang tiada di Malaysia. Ada juga yang kami dapat hasil info daripada En Suhaimi (tuan punya Agensi Travel Ikhas Tour). Fakta-fakta menarik ini sempat kami catatkan untuk erkongsian bersama:

Fakta-fakta menarik tentang New Zealand:

  1. Waktu malam sunyi sepi. Biasanya pukul 6 semua orang dah balik rumah dan bersiap-siap untuk makan malam di rumah. Pukul 7 malam hampir semua kedai dah ditutup. Kalau ada pun hanyalah pasaraya seperti ParknSave dan kelab malam sahaja masih dibuka. Jadi kalau anda ke NZ, sediakan makanan siap-siap sebelum malam menjelma. Jika tidak anda akan kelaparan.
  2. Air dari tap paip adalah bersih. ia boleh diminum terus seperti juga beberapa negara Eropah yang lain.
  3. Sistem pendidikan di sana sangat berlainan dengan di MAlaysia. Di sana mereka lebih menekankan “pemikiran Kritikal” (critical thinking). Kanak-kanak suka pergi sekolah sebab tiada kerja sekolah. Aktiviti kokurikulum ditekankan manakala akademik hanya 20%. Jangan pelik kalau tanya anak belajar apa kat sekolah, anak jawap belajar panjat pokok dan kejar-kejar.
  4. Pengguna jalan raya di sini sangat-sangat berhemah. Yang bawa kenderaan akan beri beri laluan kepada pejalan kaki atau kenderaan yang lebih kecil dari mereka. Hulur jer “muncung” kereta semasa nak melintas jalanraya, mereka mesti akan perlahankan kenderaan untuk beri laluan. Kalau kat Malaysia…?

    jalanraya menuju ke Matamata, tempat terletaknya lokasi filem The Hobbit dan Lord of The Ring
  5. Tiada binatang berbisa di NZ. Yang takut binatang merayap tak perlu risau. Kat sini masuk hutan pun tak apa kalau tak nak pakai kasut. Tanah kat New Zealand ni adalah tanah hasil daripada ledakan gunung berapi. Jadi ia mengandungi kandungan sulfur (belerang) yang agak tinggi.
    Hutan Redwoods di Whakarewa. Anda boleh berjalan tanpa memakai kasut

    Aktiviti thermal/sulfur di dalam tanah menyebabkan tanah menjadi panas
  6. Tanah di New Zealand amat subur. Ia adalah kerana tanahnya bercampur dengan lava gunung berapi. Sebab itulah buah-buahan di sini amat sedap dan manis sekali. Ia adalah antara yang terbaik di dunia. Epal yang kecil yang kalau dibeli kat Malaysia memang pasti masam tu, kat sana ia sangat rangup dan manis. Begitu juga dengan pelbagai buah-buahan yang lain seperti kiwi, apprikot, anggur dan banyak lagi.
  7. Penduduk NZ berjumlah lebih kurang 4.5 juta orang sahaja. Jumlah kambing biri-biri lagi banyak daripada penduduknya. Nisbahnya adalah 1 orang bersamaan dengan 23 ekor kambing.
  8. Tiada sebuah motorsikal pun di atas jalanraya di NZ selama 5 hari kami di sana. Hanya terdapat basikal dan kereta sahaja.
  9. Harga sebuah Toyota Estima seperti yang kami sewa tempohari hanyalah NZD10,000 sahaja. Bersamaan dengan RM27,000 sahaja. Murah kan?! Boleh beli secara tunai..!

    Memiliki sebuah kereta Estima di sini hanyalah perkara biasa
  10. Penduduk asli NZ, (orang Maori) dah jadi golongan minoriti dan terpinggir di negara sendiri.
  11. Umur kemasukan di Universiti di NZ adalah 18 tahun. Ini bermakna mereka menamatkan pendidikan peringkat ijazah lebih awal dan berkerja lebih awal berbanding dengan di Malaysia.
  12. Restoran Nandos kat sana kebanyakannya halal. Jadi kalau kebuntuan untuk mencari restoran makanan halal kat sana, waze jer restoran Nandos.
  13. Tasik Taupo merupakan kawah yang besar dan berfungsi sebagai kawah tadahan air hujan dan salji yang cair daripada pergunungan. Keluasannya menyamai keluasan negara Singapura.
    Tasik Taupo, tasik tadahan air hujan dan salji

    Salji dari Gunung Ruapehu akan cair dan mengalir ke Tasik Taupo
  14. Kat sini, bilik mandi pantang dibiarkan basah lencun. Kat motel kalau korang nak checkout tu, sila pastikan bilik air bersih dan kering. Silap-silap diorang datang periksa.
  15. Binatang peiharaan kat NZ dilayan haknya seperti manusia. Contohnya kalau bela kucing, kena pastikan ada lorong keluar masuk kucing tanpa halangan. Maknanya kucing mestilah boleh keluar masuk melalui lorong khas itu. Kucing juga dipakaikan rantai yang ada cip maklumat lengkap tentang kucing tersebut, lebih kurang macam kad pengenalan kita. Dalam chip tu ada semua rekod bila dia kena jumpa doktor veterinar dan sebagainya. Tiba masanya Vet akan telefon beberapa sebelum appointment sebagai peringatan.
  16. Hati-hati kalau menengking dan memukul anak kat NZ. Silap-silap anda tidur lokap.
  17. Nama tempat kat sana banyak bermula dengan awalan “Wha” seperti Whakapapa dan Whakarewa. sebutan wha disebut dengan bunyi “fa”.. Contohnya [Fa]kapapa (Whakapapa).. macam mencarut jer kan?

  18. Airport sana agak strict keatas barangan yang dibawa masuk. Produk tenusu dan daging memang akan diperiksa secara terperinci. Elok anda senaraikan siap-siap apa yang anda bawa dalam luggage. Nanti semasa pemeriksaan pegawai pemeriksa hanya cek berpandukan senarai tersebut. Ini sangat membantu untuk mempercepatkan proses tu. Jika tidak, prosesnya boleh memakan masa berjam-jam.
  19. Goods and Services Tax (GST) adalah lebih tinggi kat sana iaitu 16%. Tetapi rakyat sana tak ada masalah dengan cukai tersebut kerana kerajaan mereka menyalurkan balik kepada rakyat dalam bentuk kemudahan awam, seperti kenderaan, pendidikan percuma, kesihatan dan perubatan percuma dan sebagainya.

Itulah 19 fakta yang sempat kami catat dan ingat kembali tentang negara New Zealand terutamanya di bahagian utara. Jika anda berpeluang dari segi masa dan kewangan, kami cadangkan anda pergilah kesana menikmati pemandangan alam yang sangat cantik di sana.

Sesungguhnya dengan banyak berjalan, luas pemandangan dan pengalaman. Ia membuatkan kita akan lebih bersyukur dan lebih dekat dengan “Pencipta” alam itu sendiri.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini