Teh hijau merupakan minuman asasi masyarakat Jepun. Mereka mengamalkan minum teh hijau setiap hari sebagai cara dan juga budaya mereka. Satu kajian yang dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di Jepun yang minum teh hijau sekurang-kurangnya 5 cawan sehari menunjukkan jangka hayat mereka adalah lebih panjang.

Teh hijau merupakan minuman teh yang paling berkhasiat jika dibandingkan dengan minuman teh-teh yang lain.

1# Sebagai Antioksidan

Teh hijau mengandungi banyak antioksida dan nutrisi yang boleh memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan. Ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya.

Antioksidan dalam teh hijau mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 22%, kanser prostat sebanyak 48%, dan kanser kolorektal sebanyak 57%.

Teh hijau juga mendetoksifikasi tubuh dan mengurangkan nafsu makan sehingga mencegah keinginan makan berlebihan.

Tetapi, dengan mencampurkan susu dalam teh hijau akan mengurangkan nilai antioksidan. Oleh itu, elakkan minum teh hijau bersama susu.

2# Membantu Menurunkan Berat Badan.

Jika anda melihat pada senarai kandungan kebanyakan supplement pembakar lemak (fat burner), mesti terdpat teh hijau.

Teh hijau membantu meningkatkan metabolisma tubuh dan dengan menghalang penyerapan  lemak. Walaubagaimana pun peningkatan kadar metabolisme selepas meminum teh hijau adalah bergantung kepada individu.

Jika tujuan utama anda meminum teh hijau untuk menurunkan berat badan, ianya pilihan yang tepat.

Khasiat Lain Teh Hijau.

  • Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2

Teh hijau mengurangkan risiko diabetes jenis ke 2 sebanyak 42%. Diabetes Jenis ke 2 adalah di mana kandungan gula dalam darah amat tinggi dan menolak insulin atau tidak mampu menghasilkan insulin. Teh hijau turut memperbaiki kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.

  • Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Masalah Jantung

Kafein dalam teh hijau sebenarnya tidak baik bagi penderita masalah hipertensi. Namun, teh hijau kan “superfood” maka ia mengandungi efek positif secara keseluruhan pada jantung. Hal ini membantu mengawal diabetes dan kolesterol secara tidak langsung mengawal tekanan darah tinggi. Teh hijau boleh membekalkan kadar antioksida yang banyak kepada saluran darah, yang mana boleh mengelakkan kolestrol LDL (kolestrol baik) daripada teroksida.

  • Mengurangkan nafas berbau

Kajian yang lain pula mendapati bahawa catechin di dalam teh hijau boleh menghalang pertumbuhan satu jenis bakteria yang dikenali sebagai  Streptoccus mutans. Bakteria ini boleh menyebabkan perbentukan plak dan membawa kepada masalah kaviti serta pereputan gigi.

Baca juga  Hukuman Sebat Cara Sivil vs Hukuman Sebat Ikut Syariah, Mana Lebih Sakit?

Ia juga mampu mengurangkan radang gusi dan pada masa yang sama, boleh mengurangkan masalah nafas berbau.

Kuantiti Teh Hijau Yang Boleh Diambil Dalam Satu Hari?

Mengikut kata pakar nutrisi, ‘dos’ maksimum green tea sehari ialah 3 hingga 5 cawan sahaja.

Diharap perkongsi khasiat teh hijau ini memberi 1001 manfaat kepada anda. Benda yang baik, apa salahnya kita mencuba. Ingat, pastikan anda memilih teh hijau yang berkualiti kerana teh hijau yang tidak berkualiti biasanya mengandungi flourida yang berlebihan. Ianya akan memudaratkan kesihatan anda.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini