1) Kompaun, denda merokok di premis makanan bermula

Setelah diberikan tempoh percubaan pada tahun lalu, tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan mula dilaksanakan.
2) Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah.
Program di bawah Kementerian pendidikan ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang
3) RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu. Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal.
Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal
4) Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan.
Namun tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS)
5) Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso.
Majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
6) Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama.
Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar-bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama
7) Sistem cukai petak di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal
8) Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital asing.
Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital. Sesiapa yang biasa dengan pengiklanan atas talian seperti FB Ads, sudah mula mendapat notifikasi tentang tambahan caj ini.
9) Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan (Tingkatan 4).
Pelajar Tingkatan 4 tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek yang dipilih mengikut minat mereka.
10) Rakyat Sarawak nikmati air percuma.

Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti.
11) RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka.
Setelah sekian lama dilaksanakan dalam bentuk percubaan, pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1.
12) Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir.
Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir. Namun bekalan hanya tersedia bermula bulan Jun.
13) Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan.
Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan.
14) Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis.

Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang dikuatkuasakan. Isu tulisan Jawi di dalam pendidikan sekolah menjadi panas sejak kebelangan ini berikutan protes daripada persatuan cina tertentu yang tidak bersetuju.
15) Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai.
Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras.
16) Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan.
Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00
17) Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA*.
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati durian runtuh apabila elaun mereka dinaikkan sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta
18) Program Subisidi Petrol (PSP) bersasar.

Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.
19) Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso.
Nasib golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya akan menjadi lebih baik apabila mereka berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans mereka.
20) Levi pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor.
Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian dan pembuatan.
21) Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor.
Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.
Itulah perkara yang sepatutnya berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Namun ada beberapa hal di atas ditangguhkan sehingga ke satu masa yang akan diumumkan.
Moga ianya menjadi panduan kepada kita