Bermula hari ini dan esok, kesemua Ahli Parlimen kecuali Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Ini merupakan buat kali pertama yang berlaku dalam sejarah politik tanah air kita.

Kesemua 221 Ahli Parlimen itu akan menzahirkan siapakah calon Perdana Menteri pilihan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dalam sesi temubual secara peribadi.

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. Turut kelihatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, kesemua Ahli Parlimen akan dibahagikan kepada dua sesi temubual dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pertemuan pertama, kata beliau, akan diadakan pada hari ini bermula pukul 2.30 petang di Istana Negara.

“Kumpulan pertama seramai 90 orang akan diadakan hari ini dengan sekurang-kurangnya setiap Ahli Parlimen akan ditemubual selama antara dua hingga tiga minit.

“Sementara selebihnya akan disambung esok dan proses temubual akan diadakan sendiri oleh baginda dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali,” kata Ahmad Fadil dalam sidang media di Istana Negara sebentar tadi.

Baca juga  Trailer Aquaman 2018 Ini Buatkan Ramai Peminat Filem Superhero Tak Sabar Tunggu Tayangannya

Menurut Datuk Ahmad Fadil, kesemua Ahli Parlimen akan dipanggil serentak menghadap Al-Sultan Abdullah tanpa mengikut mana-mana parti politik.

Dewan Rakyat memiliki 222 Ahli Parlimen yang diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018.

Bagaimanapun, kemelut politik tanah air ketika ini menyaksikan pelbagai perkembangan yang tidak dijangka berlaku sejak tiga hari lalu.

Sumber: Awani

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini