• 15
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nama kapal mewah ‘Equanimity’ tidak lagi menjadi nama asing selepas ia heboh dikaitkan dengan penyelewengan serta salah guna kuasa mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib dan Jho Low dalam skandal 1MDB.

Namun begitu selain populariti yang tersebar, terdapat juga beberapa fakta menarik tentang kapal mewah tersebut. Kami di OHSEMPOI telah mengumpulkan info-info yang diperolehi dan berikut adalah 4 fakta yang perlu anda tahu tentang kapal mewah yang menjadi sebutan ramai ini.

1. Dianggarkan kos pembinaan kapal mewah ini bernilai RM1 billion

Kapal mewah ini dibina oleh sebuah syarikat yang bernama Oceanco. Menggunakan enjin diesel dan mempunyai 482 kuasa kuda, kapal mewah Equanimity ini mampu bergerak laju sehingga 19 knots (35 km/j).

2. Merupakan kapal mewah ke-54 terbesar di dunia

Berukuran 300 kaki iaitu hampir kepada 91 meter panjang. Rekaan dalaman kapal mewah ini secara keseluruhannya mempunyai 9 buah bilik (1 bilik utama, 4 bilik VIP, dan 4 kabin berkembar) yang boleh memuatkan sehingga 18 orang tetamu dan 30 krew dalam satu masa.

Baca juga  Stress dan depress adalah berbeza. Apakah perbezaannya?

3. Dibina untuk kemewahan

Seperti berada disebuah kediaman mewah, kapal Equanimity ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti. Ianya termasuklah:

  • Jakuzi
  • Bilik sauna
  • Pad pendaratan helikopter
  • Kolam renang
  • Beach club
  • Spa dan salon kecantikan
  • Gym
  • Lif
  • Panggung wayang
  • Garaj bot
  • Turkish bath
  • Tab mandian peribadi

4. Bukan sekadar kapal mewah biasa

Dimana kapal mewah Equanimity ini telah menerima 2 anugerah iaitu:

  • Pemenang kategori New Finest Yacht di Monaco Yacht Show Awards 2014
  • dan juga, Pemenang Best Yacht of the Year (melebihi ukuran 82 meter) di World Yachts Trophies 2014
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 15
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini