4 Petua Orang Dulu-Dulu Untuk Sakit Biasa Yang Sangat Ringkas


Orang dulu-dulu susah nak jumpa doktor. Banyak faktor yang menghalang mereka daripada berjumpa doktor. Dulu tak banyak klinik yang ada. Kalau ada pun faktor harga mungkin tidak mampu dibayar. Jarak yang jauh dengan bandar serta tiada kemudahan kenderaan awam macam sekarang juga boleh menjadi faktor.

Sebab tu orang dulu-dulu tidak memanjakan sangat badan mereka dengan ubat-ubatan moden ni. Mereka ada petua mereka sendiri untuk sakit-sakit yang biasa dialami dalam hidup.

Lagipun orang dulu-dulu badan mereka lasak sebab dah biasa buat kerja yang mengeluarkan peluh. In membuatkan badan mereka tidak manja dengan penyakit-penyakit biasa ni. Ini sangat berbeza dengan kehidupan kita sekarang. Kerja dalam pendingin hawa. Peluh pun malu nak keluar…

Antara petua-petua ringkas yang orang dulu-dulu amalkan jika terkena ‘sakit’ yang biasa terjadi dalam kehidupan ni ialah:

1. Tersedak makanan

Petuanya: Hanya perlu “mengangkat tangan”. Angkat jer tangan tinggi-tinggi sehingga tersedak tu hilang..!

2. Kram kaki atau kejang kaki.

Kadang-kadang akibat banyak memnggunakan otot-otot kaki, ia akan keletihan dan akan menyebabkan kaki kita menjadi kejang.

Petuanya: Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi. Ini akan menyegerakan kaki terasa lebih selesa.

3. Salah bantal

Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati kita telah tersalah bantal. Apa sakil salah bantal ni? Ia adalah rasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal?

Petuanya: Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki sahaja, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

4. Kaki semut-semut atau kebas

Petuanya: Ketika kaki kiri semut-semut, goncang atau hayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut-semut, goncang atau hayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga.

Haaa itulah petua ringkas orang dulu-dulu untuk sakit-sakit kecil tu. Simple jer kan? Tak sangka pulak dengan buat benda simple maca tu boleh hilangkan sakit tu. Macam sakit salah bantal tu.. Kalau kena azab jugak tu. Nak berpaling pun siksa kalau kena kat tengkuk.

Petua ni dikongsikan oleh Dr Hj Fadzillah Kamsah dalam Facebooknya lama dulu. So kami kongsikan di sini untuk perkongsian yang lebih meluas. Selamat mencuba ya.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini