Mendidik anak bertudung pada usia kecil bukanlah satu usaha yang mudah. Ia memerlukan banyak usaha dan kesabaran tinggi dalam melatih anak supaya bertudung.

Bagi mendidik anak kecil bertudung dan tidak rasa terpaksa untuk bertudung, ibu bapa perlu memainkan peranan dan menggunakan kemahiran psikologi supaya si kecil seronok menggayakan tudung.

Berikut kami kongsikan 5 langkah yang boleh dijadikan panduan ibu bapa dalam melatih si kecil bertudung.

1. Jadi Contoh Yang Baik

Ibu bapa adalah contoh terbaik dan paling dekat dengan anak. Mereka cenderung meniru dan menggayakan apa yang ibu bapa mereka lakukan. Jadi, ibu perlu menjadi role model yang baik untuk si kecil.

“Pendidikan adalah melalui teladan bukannya paksaan. Anak-anak lebih percaya apa yang mereka lihat, bukannya apa yang mereka dengar.”

– Dr. Tengku Asmadi

2. Bersabar. Lakukan Perubahan Secara Berperingkat Jika Anak Tidak Mahu Bertudung

Tahap penerimaan setiap anak kecil adalah berbeza. Ada yang boleh menyesuaikan diri dengan cepat, dan ada anak yang memerlukan masa beberapa bulan untuk selesa dengan perubahan tersebut.

Kita sendiri sebagai ibu bapa harus banyak bersabar. Kenalkan anak kita dengan pemakaian tudung secara berperingkat.

Sebagai contoh, untuk permulaan kita boleh pujuk dan galakkan anak memakai tudung ketika bersekolah sahaja. Kemudian, apabila mereka sudah biasa, kita galakkan mereka bertudung apabila keluar berjalan-jalan. Lama-kelamaan bertudung akan menjadi rutin yang biasa dilakukannya.

3. Beri Pujian

Lumrah kanak-kanak memang sukakan pujian lebih-lebih lagi bila pujian itu datangnya dari ibu bapanya sendiri. Hati mereka pasti berbunga-bunga apabila dikatakan comel dan sangat cantik menggayakan tudung.

Baca juga  Tips Dan Petua Halau Haiwan Perosak

Ini adalah salah satu bentuk ransangan secara positif. Tidak mengapa jika permulaan anak-anak menggayakan tudung kerana mahu kelihatan cantik namun dalam masa yang sama, terapkan kepada mereka hikmah atau manfaat memakai tudung.

Yang penting, kita juga memberi pemahaman tentang tujuan asasi bertudung adalah untuk memenuhi kehendak Allah dan bukan untuk kelihatan cantik semata-mata.

4. Belikan Tudung Yang Mereka Suka

Jangan pernah berkira membelikan tudung yang anak suka. Perkara ini bukan sahaja secara tidak langsung menggalakkan anak kecil bertudung, malah mata kita sendiri akan ‘sejuk’ melihat anak-anak kita cantik bertudung.

Sudah banyak dipasaran yang menjual design yang cantik dan dibuat dari material yang selesa untuk si kecil. Berikan kebebasan kepada mereka untuk memilih design dan warna kegemaran mereka.

5. Memanfaatkan Pendekatan Emosi

Untuk menjadi ibu bapa yang baik, ia memerlukan lebih daripada kemahiran intelek. Hati dan perasaan manusia selalu turun dan naik. Kehidupan anak-anak (malah kita sendiri pun) selalu berjalan alasan-alasan emosi.

Bila anak-anak dibawah pengaruh emosi, maka daya inteleknya tidak mampu berfungsi dengan baik dan membuat pertimbangan yang waras.

Sebenarnya anak-anak lebih bertindak balas kepada emosi kita dan bukan dengan kata-kata kita. Dalam tempoh anda menerapkan budaya bertudung ini pada diri anak, adakalanya mereka akan lemah semangat dan memberontak.

Mungkin mereka diejek. Mungkin mereka bosan. Mungkin juga merasa terbeban. Oleh itu gunakan peluang ini untuk menyentuh mereka secara emosi. Cuba selami perasaan mereka. Cuba selidik apa yang membuatkan mereka jadi sebegitu.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini