Jarang kita lihat ketua pemimpin sesebuah negara yang mengamalkan kehidupan serba sederhana seperti rakyat biasa. Kebanyakan negara memperuntukkan kemudahan khas kepada pemimpin sebagai kemudahan dalam urusan pentadbiran negara.
Kemudahan khas ini adakalanya dilihat sebagai kemewahan yang diperolehi kepada pemimpin contohnya seperti kediaman rasmi yang serba mewah, kereta mewah, pesawat peribadi dan berbagai lagi.
Namun ada juga pemimpin negara yang menolak untuk menerima semua kemudahan ini dan menjalani kehidupan sama seperti rakyatnya. Berikut kami kongsikan 5 pemimpin negara yang mengamalkan kehidupan serba sederhana.
- Jose Mujica – President of Uruguay
President Uruguay ini telah dilantik pada tahun 2010 dan tetap tinggal dikediamannya yang serba sederhana walaupun telah dilantik sebagai pemimpin utama negara. Selama menjadi president, beliau mengembalikan 90% gajinya setiap bulan untuk keperluan rakyat.Kenderaan yang digunakan untuk urusan pentadbiran negara adalah miliknya sendiri iaitu kereta Volkswagen Bettle keluaran 1987 dan sebuah motorsikal Vespa. Pada tahun 2010, nilai kekayaan Jose Mujica adalah sekitar RM5,000 sahaja.
- Fidel Castro – President of Cuba
President ke-15 Cuba ini telah dilantik pada 1976. Ia merupakan tokoh pemimpin negara yang suatu ketika dahulu dikaitkan dengan simpanan harta di luar negara sebanyak 900USD. Sikit jer tapi tapi tuduhan itu tidak dapat dibuktikan.Gaji Fidel Castro sebagai president pada ketika itu hanya sebanyak RM112 sebulan. Pada tahun 2008, beliau menyerahkan tampuk pemerintahan kepada adiknya.
- Joyce Hilda Banda – President of Malawi
Beliau trelah dilantik sebagai president wanita pertama Malawi bermula April 2012 sehingga May 2014. Antara tindakan drastik yang dilakukannya sebagai president adalah menjual sebuah jet yang sering digunakan oleh pemimpin terdahulu dan 60 buah kereta Mercedes benz yang digunakan oleh ahli kabinet sebagai langkah mendapatkan wang bagi membantu memberi makan kepada lebih 1juta warga Malawi.Beliau juga memotong sebanyak 30% daripada pendapatannya setiap bulan bagi mengurangkan kos kerajaan.
- Evo Morales – President of Bolivia
Beliau telah dilantik menjadi president Bolivia pada tahun 2006 dan masih kekal sebagai president sehingga kini iaitu selama 3 penggal pilihan raya.Beliau juga mengumumkan pemotongan gajinya sebanyak 50% setiap bulan bagi membiayai pengambilan doktor dan guru di Bolivia. Penampilannya seringkali dilihat memakai pakaian jaket kulit dan suka mengunyah daun coca sepertimana amalan penduduk Bolivia.
- Mahmud Ahmadinejad – President of Iran
Beliau dilantik menjadi president bermula tahun 2005 sehingga 2013. Gajinya adalah tidak lebih RM10,000 setahun. Kebiasaannya dia akan membawa bekal roti yang disediakan oleh isterinya. Sepanjang berkhidmat sebagai ketua negara, beliau tidak pernah menggunakan kerusi VIP dalam penerbangan bagi mengelakkan pembaziran.Mahmud Ahmadinejad adalah seorang jurutera dan guru yang berasal dari keluarga yang miskin.
mana nama Najib?