5 Peraturan Yang Perlu Pelancong Malaysia Ketahui Sebelum Masuk Ke Thailand.

visit Thailand

Bagi yang sudah biasa memasuki Thailand, boleh jadi mereka mengetahui tentang perkara ini, tetapi mungkin tidak bagi yang baharu memasuki Thailand.

Ini terbukti dalam kes baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia dipenjara kerana melakukan kesalahan membawa walkie-talkie dan malangnya dia tidak tahu tentang peraturan itu

5 Peraturan dan Undang-undang Perlu Dipatuhi Pelancong Malaysia Sebelum Memasuki Thailand

1# Menghisap rokok elektronik atau vape – Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda THB500,000 (RM64,000).

2# Tidak mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk – Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda empat kali ganda nilai kenderaan atau kedua-duanya dan kenderaan dirampas.

3# Menggunakan walkie-talkie yang tidak berdaftar – Penjara tidak lebih lima tahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.

4# Tidak Membeli insurans perlindungan kenderaan (digalakkan)

5# Merokok di 26 pantai popular di seluruh Thailand – Penjara tidak lebih setahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.

Kesemua peraturan dan undang-undang itu membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan Malaysia yang bertujuan bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan termasuk dipenjara di negara ini.

Ada antara peraturan itu masih baharu iaitu larangan merokok di kawasan pantai (popular) termasuk Pantai Samila di sini yang banyak dikunjungi rakyat Malaysia, yang dikuatkuasakan pada 2017


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini