5 perbuatan bodoh pemandu yang anda juga lakukan


Banyak kemalangan yang berlaku adalah disebabkan tindakan bodoh pemandu itu sendiri. Yer betul faktor sekeliling juga turut mempengaruhi seperti keadaan jalan raya dan cuaca tapi hakikat yang kita tak boleh nafikan adalah kecuaian pemandu sendiri yang sering melakukan perkara bodoh.

Berikut adalah 5 perbuatan bodoh yang mungkin anda juga pernah lakukan.

  1. Melayari social media ketika memandu
    Seringkali terlihat kenderaan lambat bergerak apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau. Ini disebabkan pemandu leka melayari social media ketika lampu isyarat merah. Lebih bodoh lagi ada juga pemandu yang melayari social media ketika kenderaan sedang memecut laju.
  2. Tidak memberikan lampu isyarat
    Lampu isyarat yang terdapat di kiri kanan kereta bukan untuk perhiasan. Seringkali yang berlaku apabila pemandu kereta menukar lorong tanpa memberikan lampu isyarat dan yang sering menjadi mangsa juga adalah menunggang motosikal. Lampu isyarat perlu diberikan bukan sahaja ketika menukar lorong atau masuk ke simpang malah ia perlu digunakan ketika hendak memotong.
  3. Tidak memakai tali pinggang keledar (seat belt)
    Walaupun semua kenderaan baru kini dilengkapi dengan alat penggera sebagai peringatan untuk mengenakan seat belt tapi masih ada pemandu yang mematikan alarm tersebut dengan menggunakan kepala seat belt palsu. Kami tidak tahu apakah keburukannya apabila memakai seat belt sehinggakan ramai pemandu tidak mahu memakainya.
  4. Melanggar lampu isyarat
    Kebiasaanya ini berlaku di simpang yang kurang kenderaan atau ketika lewat malam. Perbuatan bodoh ini mengundang risiko kerana anda mungkin tidak menyedari ada kenderaan lain juga yang melanggar lampu isyarat seperti anda.
  5. Tidak kunci pintu kereta ketika kereta sedang bergerak
    Bagi kenderaan yang mempunyai sistem auto lock, ia tidak menjadi masalah tapi bagi kenderaan yang tidak mempunyai sistem ini ia adalah sesuatu yang membahayakan terutamanya apabila terdapat anak kecil di dalam kenderaan. Risiko lain adalah peragut juga boleh membuka pintu kereta anda ketika anda sedang berhenti di lampu isyarat.

Ini antara 5 tindakan bodoh yang sering dilakukan pemandu kenderaan walaupun sudah mengetahui risiko yang bakal dihadapi. Dari kelima-lima perkara di atas, yang manakah anda sering lakukan? Ya mungkin kesemuanya dan mulai hari ini anda perlu menjadi pemandu bijak.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini