5 Tempat Menarik Day Trip Terbaik Di Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan


Serius, mummy tak pernah masuk ke Bandar Sri Sendayan ni. Sememangnya, mummy tak tahu apa yang menarik disini. Ini merupakan pengalaman pertama kali mummy memasuki Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk jalan-jalan cari makan (JJCM). Dah alang-alang tu, apa lagi.. Mummy pun, ambil peluang untuk survey tempat-tempat menarik di sini.

Yes!! Mummy jumpa banyak tempat menarik day trip di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Bolehlah lepas ini, kami sekeluarga bercuti balik hari (day trip) di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Tak jauh dari Selangor dan Kuala Lumpur. Dari rumah kami di Subang, Selangor hanya ambil masa 1 jam 15 minit sahaja melalui tol PLUS.

5 Tempat Menarik Day Trip di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Nak lari dari kesibukan bandar dan kesesakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur? Jom lari dari kesibukan bandar ! Kita ke 5 Tempat Menarik Day Trip di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

  1. Sendayan Merchant Square

Keluar je dari lebuhraya PLUS Seremban, mummy terus menuju ke Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Lokasi pertama mummy adalah berhenti di Sendayan Merchant Square untuk menikmati aiskrim Sangkaya.

Sendayan Merchant Square bukan sahaja ada cafe Sangkaya. Malah di sini, ada banyak cafe yang instagrammable seperti Richiamo, Best Malaya, Coffeeloca, Haji Baba Cendol & noodles, Aura SPA & Cafe dan banyak pilihan cafe yang best di sini.

  1. d’Tempat Country Club

Seterusnya, mummy ke d’Tempat Country Club Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Dah masuk sini, rasanya memang tak payah gi tempat lain dah ! Boleh dikatakan semua ada !

d’Tempat Country Club Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ni, ada kolam renang yang luas dan dilengkapi dengan gelongsor air untuk kanak-kanak dan juga kolam renang dewasa, gimnasium, bowling, SPA, bilik menonton televisyen, pawagam mini, bilik membaca, cafe dan juga ada tempat bersukan seperti squash dan banyak lagi.

Harga: Percuma (untuk penduduk yang membeli rumah dengan Matrix Concepts)
Untuk orang luar pula RM10 (kanak-kanak / warga emas) dan RM20 (dewasa)

  1. X Park Golf Driving Range

Kepada kaum bapa yang meminati sukan golf, boleh bermain di X Park Golf Driving Range sambil menanti anak-anak mandi manda di kolam renang d’Tempat Country Club Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Tak jauh X Park Golf Driving Range ni, berhadapan dengan d’Tempat Country Club Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Walking distance sahaja !

  1. Tempat Sukan Lasak

Bagi yang meminati sukan lasak seperti Go Kart, ATV, memanah, paintball pun tak perlu pergi jauh-jauh . Semua ini berada di dalam Xpark Golf Driving Range je.

Mummy rasa, seronok pula buat day trip di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ni. Lengkap…Semua ada dalam ni.

Aihhhh… rasa tak puas pun ada.
Alangkah seronoknya… kalau dapat beli sebiji rumah di area Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ni. Hehehe

Mummy nampak banyak perumahan tengah naik di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Sempat jugaklah, bertanyakan dengan pihak perumahan Matrix Concepts. Perghhhh…banyak yang dah sold out !

Yang tinggal sekarang untuk lot bumiputra, adalah perumahan Izara Bayu Sutera. Ini pun limited juga. Erm..dah alang-alang tu, mummy pun terus ke showroom Izara Bayu Sutera.

Jom ikut mummy tour showroom Izara Bayu Sutera…

  1. Smart Home

Perumahan Izara Bayu Sutera Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan ini berkonsepkan ‘lakeside residences with smart home features’

Rumah teres 2 tingkat pegangan bebas ini berkeluasan 20′ x 70′ (fully extended) serta mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air.

Kemudahan lain seperti sekolah kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Tamil dan International School juga berdekatan.

Bagi mummy, Bandar Sri Sendayan ini sangat sempurna !

Amacam? Menarik tak day trip mummy ke Bandar Sri Sendayan? Macam-macam ada, kan ? Tak perlu jauh-jauh untuk day trip yang menyeronokkan bersama keluarga. Semuanya ada di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ni !

Oh ya, sebelum korang tanya mummy. Mummy bagi sesiaplah info ye !

Bagi yang sedang mencari dan meminati kawasan perumahan yang tenang dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti ‘lakeside residences with smart home features’ seperti Izara Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan ini. Korang boleh melawat showroom mereka juga.

Manakala untuk pertanyaan, boleh hubungi pihak Matrix Concepts :-

Telefon : 1800882688
Website : www.izara2.bayusutera.com


1 komen

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini