5 Tempat Menarik Yang Perlu Dilawati Ketika Cuti Sekolah


Tak lama lagi dah nak cuti sekolah. Masa ini nanti berebut-rebutlah ibu bapa mencari pakej-pakej ataupun tempat percutian menarik cuti sekolah untuk diluangkan bersama keluarga tersayang. Tempat yang dikatakan sesuai untuk membawa anak-anak sudah semestinya adalah tempat-tempat yang menceriakan dan menyeronokkan.

Maka, disebabkan itu kami di OHSEMPOI ingin membantu anda semua menyenarai pendekkan tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi apabila tibanya cuti sekolah.

Legoland, Johor

Terletak di Nusajaya, Johor. Bolah dikatakan taman tema paling popular di Malaysia. Menjadi kegilaan anak-anak kerana ia membawa tema permainan Lego. Ada banyak jenis permainan indoor theme park disini, dan ia juga menyediakan water park sekiranya ingin bermandi manda. Secara jujurnya jika anda bercadang nak datang ke sini, perlu memperuntukkan 2 hari minimum untuk menghabiskan kesemua permainan. Dan sekiranya ingin jimat, kami cadangkan beli sahaja annual pass dengan harga diskaun hujung tahun. Untuk pengalaman di Legoland, boleh baca artikel salah seorang penulis kami – Kisah Hafiz Rahim bercuti di Legoland.

Sunway Lagoon

Dah namanya pun Sunway Lagoon, maka secara umumnya mereka yang berkunjung kesini adalah untuk mandi-manda semata-mata. Taman tema air ini dilengkapi dengan pantai buatan dan kolam-kolam yang besar, kemudian disediakan dengan banyak permainan air yang boleh dimain bersama anak-anak. Kalau dah penat mandi, anda juga boleh melawat taman tema hantu, taman ekstrim dan taman hidupan.

Bangi Wonderland

Sebuah lagi taman tema air yang berada di dalam negeri Selangor. Walaupun ianya tidak sebesar Sunway Lagoon, tetapi kalau anda ingin berkunjung ke tempat yang jauh daripada kesesakan jalan raya, Bangi Wonderland adalah jawapannya. Dilengkapi dengan pelbagai permainan air, jika bawa anak-anak, sehari suntuk belum tentu mereka puas bermain air. Cerita mengenainya boleh dibaca disini – Berbaloi Ke Pergi Bangi Wonderland?

Genting Highland

GENTING HIGHLAND THEME PARK – PAHANG

Lebih kepada taman tema dan aktiviti window shopping. Jika dulu Genting Highland dianggap tidak begitu menarik kerana semua yang tersedia adalah benda-benda lama. Namun kini, kebanyakan daripadanya termasuklah shop lot dan juga taman tema, diperbaharui untuk keselesaan pengunjung. Tak kurang juga suasana dingin diatas sana, menawarkan suasana seperti anda berada di negara beriklim sejuk. Feeling mat saleh sangat.

Farm In The City, Seri Kembangan

Tempat untuk anda memperkenalkan anak-anak dengan haiwan-haiwan peliharaan. Dikenali sebagai petting zoo, Farm In The City, Seri Kembangan popular di Malaysia kerana ketersediaannya kepada pengunjung-pengunjung cilik mendekati haiwan-haiwan peliharaan. Terdapat kuda, kura-kura gergasi, arnab, rusa, alpaca dan pelbagai spesis ternakan haiwan yang boleh disentuh. Secara jujurnya, bagi anak-anak yang jarang pulang ke kampung, inilah tempat paling sesuai untuk mereka beriadah. Mak ayah juga tak terkecuali untuk turut teruja bila berdepan dengan haiwan-haiwan ini. Hehehe

Baca: Farm in the City

Jadi secara keseluruhannya, 5 tempat diatas adalah destinasi yang kami cadangkan sekiranya ingin membawa anak-anak bercuti. Ia menjadi bukan hanya kerana ia menyeronokkan, malah sedikit sebanyak menjimatkan masa daripada terpaksa berulang alik ke 2-3 tempat yang berbeza. 1 whole day in 1 place. Cubalah pergi kalau tak percaya.

Nota: Risau tentang tempat penginapan? Rujuk saja AirBNB. Pencarian homestay anda lebih terjamin dengan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding penginapan di hotel. Nak tahu macam mana nak dapatkan tawaran terbaik melalui AirBNB, boleh rujuk sini – Panduan Dan Tips Tempah Homestay Murah Melalui Airbnb

Baca juga: Berbaloi Habiskan Masa Seharian di Bangi Wonderland


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini