•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Setiap daripada kita menyimpan impian untuk memiliki rumah. Tidak kiralah sebuah rumah yang besar, sederhana atau pun kecil. Membeli rumah bukanlah seperti membeli sebuah kereta atau pun benda lain. Ianya komplikated berbanding membeli benda lain. Jika tiada ilmu, pastinya akan melibatkan kos-kos tersembunyi lain yang pasti memberi tekanan lebih untuk memiliki sebuah rumah.

Bagi yang pertama kali membeli rumah, pelbagai benda yang perlu difikirkan terutamanya melibatkan buy windows 10 key urusan jual beli dan juga pihak yang terlibat dalam menguruskan urusan ini. Salah satu pihak yang terlibat dalam urusan jual beli adalah pihak peguam.

Peguam Hartanah dan Urusan Jual Beli Rumah.

Kalau melihat kepada peranan peguam dalam sesuatu transaksi jual beli hartanah amatlah penting kerana hampir keseluruhan urusan akan diuruskan oleh mereka. Di dalam artikel ini, saya ingin kongsikan beberapa tip yang diperlukan untuk memilih peguam yang dapat menguruskan dan membantu melicinkan urusan jual beli hartanah anda.

1. Rujuk Peguam Yang Pakar Dalam Menguruskan Urusan Jual Beli Hartanah(Conveyancing)

Jika anda membeli rumah, jangan pergi kepada peguam yang menguruskan hal-hal sivil atau syariah, sebaliknya teruslah merujuk kepada peguam yang memang mengkhusus dalam urusan Jual Beli Hartanah atau pengurusan pinjaman hartanah. Pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat berkenaan peguam ini salah satunya adalah dengan bertanya dengan perunding hartanah berdaftar ataupun boleh merujuk terus ke website Majlis Peguam Malaysia.

2. Melakukan Kaji Selidik Ke Atas Latar Belakang dan Rekod Peguam Yang Bakal Dilantik

Pertama, kita perlu mengetahui jika dia masih seorang ahli Majlis Peguam Malaysia (“Bar”) atau Bar Council. Bagi peguam yang “sah” dalam amalan perkhidmatan undang-undang, dia mesti memegang sijil amalan yang sah (“PC”), yang mana PC ini adalah tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun. Untuk tujuan ini, anda boleh sama ada menghubungi Peguam di talian telefon 03-2050 2050 atau menyemak namanya di laman web rasmi Majlis Peguam untuk melihat jika dia memegang PC yang sah atau tidak.

Kedua, melakukan “sifat atau cek tauliah” kepadanya untuk menentukan jika dia dipercayai, atau telah atau sedang tertakluk kepada tindakan disiplin yang timbul daripada pelanggaran mana-mana peraturan etika profesional dan lain-lain Anda boleh melakukan ini dengan merujuk kepada laman web Peguambela & Peguamcara Lembaga Tatatertib (ASDB) mengenai langkah-langkah dan prosedur-prosedur untuk pengesahan tersebut.

Baca juga  Trailer Terbaru Godzilla: King Of The Monster, Pertarungan Epic Raksasa Purba

Yang terakhir sekali, melakukan pemeriksaan rekod terdahulu dan rekod beliau dalam mengendalikan kerja yang dipertanggungjawabkan oleh anda. Kaji latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja yang ditulis pada laman web atau profil firma itu yang dia kini jalankan untuk menentukan pengetahuan dan kecekapan dalam mengendalikan kes-kes tersebut.

 3. Bertemu Peguam Secara Bersemuka

Tidak kira betapa mengagumkan rekod prestasi peguam berkenaan, anda masih perlu mengambil cuti untuk bertemu beliau secara peribadi. Langkah ini membolehkan anda untuk membina kepercayaan kepada-nya, yang akhirnya membawa kepada hubungan kerja yang baik terutama jika anda bercadang untuk melantik beliau dalam menguruskan urusan jual beli hartanah anda  kerana ia akan menjadi satu proses yang panjang dan  meletihkan di masa hadapan sekiranya peguam berkenaan tidak melaksanakan tugas yang diberikan seperti yang kita jangkakan.

4. Sentiasa Meminta Sebut Harga atas Perkhidmatan Yang Diminta Sebelum Pelantikan

Adalah bijak, walaupun menyusahkan, untuk mengetahui sebut harga  atas perkhidmatan yang bakal disediakan sebelum melantik peguam pilihan anda. Anda harus berjumpa dengan peguam untuk memeriksa sama ada bayaran yang dikenakan kepada anda setimpal dengan skop kerja, kerumitan perkara itu dan sebagainya. Berdasarkan kepada sebut harga yang diterima, anda boleh merujuk kepada saudara atau rakan anda yang terilbat dalam urusan peguam bagi memastikan caj yang dikenakan tidak terlalu melampau.

5. Kebolehcapaian Kepada Peguam Bertanggungjawab Dan Kakitangan Sokongan

Salah satu hak anda sebagai pengguna perkhidmatan peguam berkenaan adalah anda boleh meminta peguam terbabit menyediakan senarai no telefon yang boleh dihubungi sepanjang urusan perjanjian jual beli ini berjalan. Di samping itu, peguam juga seharusnya memaklumkan kepada pembeli atau penjual berkenaan status transaksi berkenaan. Banyak kes terjadi di mana pihak pembeli atau penjual tidak dapat menghubungi pihak peguam secara peribadi kerana peguam berkenaan menguruskan kes lain dalam masa yang sa,a seperti berada di bilik mesyuarat. Dalam kes ini, pihak peguam boleh menyediakan no telefon alternatif kepada pihak klien dimana kakitangan sokongan akan membantu menjawab segaka persoalan yang akan ditanya.

Kredit: Hartanah Bangi

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini