•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tahun demi tahun, isu kos sara hidup yang semakin meningkat tetap menjadi masalah utama negara. Ramai yang menganggap isu ini boleh diselesaikan apabila berlaku pertukaran kerajaan, tetapi ternyata isu ini masih berlaku.

Pada kami, isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Ianya berlaku di banyak negara di seluruh dunia. Untuk menyelesaikan isu kos sara hidup yang semakin meningkat bukanlah satu perkara mudah. Yang terbaik boleh dilakukan ialah usaha berterusan untuk mengurangkan kadar peningkatan.

Justeru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memulakan kajian lebih komprehensif mengenai punca peningkatan kos sara hidup dan dijangka siap dalam tempoh 2 bulan lagi.

Jemaah menteri turut mengakui terdapat sekurang-kurangnya 6 komponen utama yang menyumbang kepada beban hidup rakyat iaitu;

1# Makanan.

Komponen terbesar ialah makanan dan kalau ditinjau Indeks Harga Pengguna (IHP) pun sama, fokus kepada segmen makanan sumbang hampir 30%.

2# Perumahan.

Hari demi hari, kos membina rumah semakin meningkat disebabkan peningkatan harga material.

3# Kos Utiliti.

Bukan sahaja segmen makanan dan perumahan yang menjadi punca utama peningkatan kos sara hidup, malah segmen utiliti dan pengangkutan turut menyumbang kepada hampir 70% kepada IHP

4# Pengangkutan.

Kos pengankut turut menjadi punca kepada kos hidup yang tinggi terutama kepada mereka yang menetap di bandar-bandar besar. Kos ini perlu dibayar untuk bahan api pengangkutan, tol mahupun pengangkutan awam seperti LRT, Bas dsb. Untuk mengurangkan kos di segmen ini, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara yang telah melaksanakan pemberian pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL yang diperkenalkan 1 Jan lepas.

Baca juga  12 Jenis Barangan Dalam Rumah Yang Mungkin Telah Tamat Tempoh Tanpa Kita Sedari

5# Kesihatan.

Insurance Medicine

Kos perubatan juga meningkat saban tahun. Bukan hanya harga ubat yang meningkat, kos servis di hospital dan klinik juga terkesan. Bagi mereka yang berkemampuan, langgan insuran kesihatan memberi mereka kelebihan untuk menikmati servis medikal yang lebih bagus tetapi tetap terkesan dengan peningkatan kadar insuran.

6# Pendidikan.

Pendidikan merupakan keperluan kepada anak-anak kerana tanpa pendidikan anak-anak tiada hala tuju pada masa akan datang. Malangnya, kos pendidikdan turut terkesan dengan keadaan ekonomi negara dan turut mengalami peningkatan kos dari pendidikan awal kanak-kanak sehinggalah kepada peringkat universiti.

Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara akan memfokuskan kepada 6 punca tersebut dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan.

Peningkatan kos sara hidup adalah realiti yang harus diharungi oleh penduduk sesebuah negara terutama oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Ramai dalam kalangan penduduk di Malaysia rata-rata membuat dua pekerjaan semata-mata untuk menampung kos sara hidup yang dikatakan membebankan rakyat pada masa kini. Bukan sahaja untuk menampung kenaikan harga barangan malah bagi pendidikan yang harus diberikan kepada anak-anak.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini