5 “Cameo” Stan Lee Yang Akan Sentiasa Diingati


Stan Lee, bukan lagi nama asing. Beliau yang merupakan pencipta kepada watak-watak adiwira untuk siri komik Marvel, telah meninggal dunia pada usia 95 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Cedars-Sinai selepas dikejarkan ke hospital itu dengan ambulans dari kediamannya di Hollywood Hills awal pagi semalam.

Seperti yang kita ketahui, Stan Lee selain dikenali sebagai bapa kepada semua adwira, beliau juga popular di dalam filem-filem adiwiranya kerana kemunculan istimewanya yang sering diketengahkan.

Setiap watak cameo yang dibawa oleh Stan Lee walaupun nampak kecil tapi sebenarnya mempunyai peranannya yang tersendiri. Meskipun Stan Lee mempunyai pelbagai watak cameo yang telah diwujudkan, namun bagi kami di OHSEMPOI, berikut adalah merupakan 5 watak cameo yang paling menarik.

1. Pengawal muzium

Didalam filem Captain America: The Winter Soldier, Captain America memerlukan pakaian seragam. Dan pada ketika itu watak pengawal muzium dilakonkan oleh Stan Lee, dimana secara tiba-tiba ketika dia bertugas, dia mendapati patung mannequin yang memakai kostum Captain Amerika telah ditanggalkan kostum-nya dan hanya perisai tiruan yang ditinggalkan. Ayat yang melucukan dari watak tersebut, “I’m so fired”.

2. Peminat Spider-Man

Pada tahun 2007 didalam filem Spider-Man 3, Peter Parker mendapati dia telah dianugerahkan kunci bandar, dan Stan Lee pada ketika itu berdiri disebelah Peter Parket memuji Webslinger. Diikuti sepotong ayat yang popular, “Nuff said”.

3. Pustakawan

Stan Lee sering tampil melakonkan watak yang bersahaja ketika mana berlakunya adegan-adegan yang tragik dan mendebarkan di sekeliling beliau. Pada tahun 2012 didalam filem The Amazing Spider-Man, beliau membawa peranan sebagai seorang pustakawan yang tidak menyedari kejadian yang berlaku dibelakangnya kerana asyik mendengar lagu dari headphone beliau.

4. Peminum Arak Yang Berlagak

https://www.youtube.com/watch?v=czCr113i0SU

Pada tahun 2015 didalam filem Avengers: Age of Ultron, Stan Lee melakonkan watak seorang veteran WWII yang mengaku dirinya mampu menahan mabuk walaupun minum minuman keras Thor yang sudah ditapaikan selama 1,000 tahun. Yang mana pada akhirnya terpaksa dipapah oleh beberapa pembantu untuk membantunya berjalan.

5. Pemandu FedEx

Dan diantara watak cameo yang ditonjolkan, mungkin didalam filem ini adalah yang paling melucukan. Didalam filem Captain America: Civil War, Stan Lee yang memegang watak pemandu FedEx menyampaikan pakej kepada Tony Stark dengan memanggilnya Tony STANK, bukan Stark.

Nota: Kreativiti yang diketengahkan oleh Stan Lee menerusi watak-watak adiwiranya menyerikan suasana zaman kita masa kecil dan juga sehingga sekarang. Tanpa beliau, tak mungkin kita dapat menonton filem-filem sci-fi yang hebat seperti sekarang.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini