Kaum Wanita Perlu Amalkan 7 Makanan Ini Untuk Naikkan Nafsu Syahwat


Makanan bukan sahaja untuk mengenyangkan. Malah, makanan juga berfungsi untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan tak kurang juga mempengaruhi cara hidup seseorang.

Namun begitu, perkongsian didalam artikel ini bukanlah untuk berkongsi cerita mengenai penjagaan kesihatan melalui pemakanan, akan tetapi ia lebih kepada perkongsian tentang beberapa pilihan makanan yang dikatakan dapat membantu meningkatkan nafsu syahwat kaum wanita.

Sedia?

1. Bayam

Bayam adalah sejenis sayuran. Didalam bahasa Inggeris ia dipanggil Spinach. Pernahkah anda menonton kartun Popeye yang secara tiba-tiba menjadi kuat setelah menelan sayur ini? Maaf, itu hanyalah rekaan semata-mata.  Akan tetapi, yang sebenarnya bayam mempunyai fungsi untuk meningkatkan peredaran darah di kawasan ‘Miss V’ kaum wanita, sehingga seseorang individu itu menjadi lebih mudah mencapai klimaks.

2. Minuman anggur merah

Ya, anggur pula sejenis buah. Buah anggur terdapat dalam pelbagai jenis dan warna. Akan tetapi kali ini kita fokuskan kepada anggur merah. Jika anda sebagai kaum wanita yang inginkan peningkatan nafsu dengan kadar segera, sila cuba minum segelas perahan anggur merah. Sifat anti-oksida yang ada pada anggur merah dikatakan dapat melancarkan peredaran darah dan dalam masa yang sama memberikan tubuh badan seseorang wanita itu menjadi lebih santai.

3. Daging merah dan hati

Daging merah adalah daging seperti daging lembu, daging kambing ataupun daging kerbau. Sudah semestinya daging ayam tidak termasuk dalam senarai daging merah. Ditambah pula dengan hati (kami tahu ada beberapa panduan supaya organ dalaman perlu dielakkan pengambilannya, akan tetapi kalau nak makan sekali sekala apa salahnya kan). Pengambilan makanan ini akan meningkatkan kadar zat besi dalam badan, sekaligus dikatakan dapat meningkatkan nafsu untuk “bersama” dengan pasangan tercinta.

4. Ikan

Ikan, secara khususnya ikan di lautan mempunyai kandungan omega 3. Omega 3 ini baik bagi wanita kerana ia dapat meningkatkan perasaan bahagia. Secara tak langsung, apabila mood seseorang wanita itu ceria, ia juga boleh mencetuskan keghairahan seksual. Cuma kaum lelaki kena pandai main peranan okay.

5. Teh hijau

Teh hijau, bukan teh berwarna perang yang selalu diminum di kedai mamak. Pengambilan dua cawan teh hijau sehari dipercayai dapat meningkatkan keghairahan seksual kaum wanita. Ini kerana teh hijau dikatakan mempunyai manfaat untuk meningkatkan dan melancarkan peredaran darah.

6. Coklat gelap

Coklat gelap, rasanya manis-manis kelat. Bukan seperti coklat Cadburry murah yang selalu didapati di kaunter kedai-kedai runcit. Coklat gelap atau dalam bahasa Inggerisnya, Dark Chocolate, mempunyai nutrisi yang sangat baik bagi kesihatan. Selain itu, dikatakan dapat meningkatkan keyakinan kaum wanita untuk melakukan hubungan kelamin.

7. Kacang Pain

Kacang pain (Pine nut), agak jarang-jarang dijumpai dipasaran tempatan. Mungkin kerana tidak sepopular kacang gajus ataupun kacang bodoh (pistacio). Walaupun sukar didapati di pasaran, tetapi manfaat daripada kacang pain ini sangat luar biasa. Kerana keupayaannya dalam membantu meningkatkan ghairah seksual. Jadi, kalau terjumpa kacang ini dijual dipasaraya-pasaraya ternama, jangan lepaskan peluang untuk membelinya ya.

Cukup. Itu sahaja 7 jenis makanan yang mampu meningkatkan nafsu syahwat kaum wanita. InshaAllah, kalau ada info tambahan akan dikongsikan dalam artikel yang seterusnya. Kongsikan artikel ini pada rakan-rakan yang memerlukan. Semoga ia bermanfaat.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini