7 Petua Rawat Sakit Gigi Yang Mudah Dan Murah.

rawat sakit gigi

Sakit gigi amat menyeksakan. Segala kerja pasti terganggu sekiranya salah satu daripada gigi anda sakit. Sakitnya pula bukan hanya di gigi, tetapi akan terkesan kepada bahagian kepala, orang dulu-dulu cakap, “menangkap kepala!”..

Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang. Ada juga yang mengamalkan berkumur dengan air garam. Kemam air garam itu di bahagian gigo yang sakit untuk 30 saat. Ulang beberapa kali.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Sesetengah orang menggunakan belimbing buluh di dalam masakan. Namun, ia juga mempunyai kegunaan lain termasuklah merawat sakit akibat gigi berlubang. Caranya amat mudah. Anda hanya perlu mengunyah belimbing buluh secara perlahan-lahan di tempat  gigi yang berlubang itu. Untuk mendapat hasil yang maksima, tambahkan sedikit garam yang bertujuan membunuh bakteria yang bersarang pada gigi anda

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Bawang putih mampu memberi kelegaan dari kesakitan dengan membunuh kuman penyebab infeksi. Jika anda mula rasa sakit gigi, kunyah bawang mentah selama beberapa minit untuk mengurangkan kesakitan. Jika tidak mampu kunyah, ambil sedikit hirisan bawang dan letakkan pada gigi rosak atau gusi yang sakit tersebut. Biarkan seketika dan anda boleh rasai keberkesanannya.

7) Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Walaubagaimana pun, di zaman teknologi ini, petua atau cara terbaik untuk merawat sakit gigi adalah dengan berjumpa doktor gigi untuk melakukan pemeriksaan. Daripada pemeriksanaa doktor gigilah, baru anda akan tahu tindakan selanjutnya untuk merawat sakit gigi anda. Sama ada menampal gigi berlubang, mencabut gigi yang rosak atau rawatan lain yang terbaik.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini