9 Nasihat Tun Dr Mahathir untuk rakyat Malaysia tercinta


Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16hb Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. Kini Tun Dr Mahathir sekali lagi memegang tampok pemerintahan negera selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Tun Dr Mahathir dikenali sebagai seorang pemimpin yang disenangi rakyat dan mempunyai jiwa patriotisme yang sangat tinggi. Di usianya yang kini mencecah 93 tahun, beliau memberikan beberapa nasihat kepada rakyat Malaysia bagi memastikan negara berada di mata dunia.

1. Kepada orang muda, usah dilayan keseronokan yang melampau.

2. Pertahankan tanah air kita walau apa jua keadaan.

3. Pengorbanan sekarang untuk kesenangan generasi akan datang.

4. Ubah mindset dari “bekerja” kepada “berniaga”

5. Bersih, Cekap & Amanah.

6. Usah berkira untuk berbelanja membeli buku.

7. Disiplin adalah kunci kepada kejayaan hidup.

8. Persediaan strategi menentukan kejayaan.

9. Dalam kepimpinan, perlu tahu apa yang orang bawahan mahukan.

Jadikan pesanan ini sebagai sesuatu yang dapat mengubah kehidupan kita secara total bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk kebaikan bangsa, agama dan negara.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini