9 Tips Masak Nasi Goreng Yang Ringkas Dan Sedap


Orang tua cakap, nak cari isteri, carilah yang pandai memasak. Setidak-tidaknya resipi paling mudah, ringkas dan cepat, apa lagi kalau bukan menu “Nasi Goreng”. Kami percaya, kebanyakan orang pandai memasak menu ini. Maklumlah resepinya mudah dan ringkas sahaja. Bezanya, sama ada nasi goreng yang dimasak itu sedap atau tidak.

Hendak memasak satu-satu menu untuk bagi sedap, memang ada petua atau ‘trick’. Kali ini kami kongsikan petua atau tips masak nasi goreng yang ringkas dan sedap.

9 Tips Masak Nasi Goreng Yang Ringkas Dan Sedap.

1# Guna Nasi Sejuk Atau Nasi Kering.

Guna lebihan nasi daripada hidangan sebelum ini atau sejukkan nasi yang baru ditanak terlebih dahulu. Selain senang digoreng, tekstur nasi juga akan lebih menarik dan tidak terlalu lembik. Kalau tidak, nasi goreng anda akan melekat-lekat seperti nasi yang digunakan untuk sushi!

petua masak nasi goreng sedap

2# Panaskan Minyak Dan Menumis Dengan Api Besar.

Perasan tak, di warung atau restoran, tukang masak akan menggunakan api besar untuk menumis. Biasanya, perencah yang ditumis menggunakan api besar akan lebih garing dan ‘harum’.

Tetapi awas, jangan sampai hangus! Selepas beberapa ketika, bolehlah perlahan api terutama selepas memasukkan nasi untuk digoreng.

menumis dengan api besar

3# Guna Marjerin/Mentega Ganti Minyak, Renjis Minyak Bijan.

Ada orang lebih suka menggunakan marjetin atau mentega bagi menggantikan minyak masak. Selain lebih sihat, aroma yang dibangkit daripada bahan ini juga lebih wangi.

Boleh juga merenjis sedikit minyak bijan dengan tujuan yang sama. Ini juga sebagai petua untuk mengelakkan nasi menjadi keras.

4# Guna Lebihan Ayam Atau Ikan Goreng.

Pernah tak ibu atau nenek anda memasak nasi goreng hanya menggunakan bahan-bahan lebihan makan malam semalam. Contohnya, lebih ikan goreng atau ayam goreng.Mereka sekadar campak-campak bahan ini bersama nasi, lalu terhasillah nasi goreng ‘bodo’.

Nampak ringkas, tetapi rasanya sangat ‘ohsem’ kan?

5# Guna Minyak Ikan.

Sekiranya anda memasak nasi goreng menggunakan lebihan ikan goreng semalam, bolehlah tambah sedikit minyak ikan untuk rasa yang lebih ‘umphh’. Tak percaya, cubalah.

5# Masak Telur Dengan Cara Istimewa.

Ambil telur, basuh dan pecahkan di dalam kuali. Bunyi macam mudah sahaja masak telur ni kan. Tetapi, untuk memasak nasi goreng, ada 2 masa untuk pecahkan telur. Sama ada pada awal memasak atau pada saat akhir memasak nasi goreng.

Untuk cara awal memasak, telur akan digoreng secara berasingan. Telur ini akan dihancur-hancur dan dimasakkan ke dalam nasi goreng yang sudah siap dimasak.

Untuk cara akhir memasak, sebelum nasi goreng siap dimasak, buatkan sedikit ruang di tengah kuali dan pecahkan telur di tengah-tengah. Kacau telur sehingga masak. Kemudian gaulkan bersama nasi goreng untuk beberapa ketika.

6# Bakar Belacan.

Biasanya nasi goreng yang dimasak bersama ikan bilis pun sudah memberi kelainan rasa. Apatah lagi, sedikit belacan dibakar atau dilayur di atas api dan dimasak bersama nasi goreng. Konfem lagi ‘ohsem’ rasa dia!

8# Gaul Nasi Dengan Garam di Darat.

Biasanya, apabila nasi goreng sudah hampir masak, garam akan ditabur untuk rasa yang sedikit masin. Tetapi, kadang-kala, garam yang ditabur tidak sekata. Masin!

Apa kata anda gaulkan garam bersama nasi putih sejuk terlebih dahulu sebelum memasukkan ke dalam kuali. Untuk lebih sekata, gunakan garam halus. Tidak perlu menabur garam yang banyak sekiranya anda sudah pun memasukkan ikan bilis, belacan atau minyak ikan. Bahan itu semua sudah cukup masin!

9# Jangan kisar Bahan-bahan Dengan Blender, Guna Lesung Batu.

Nenek kita dulu-dulu, apabila memasak mereka lebih gemar menggunakan lesung batu berbanding mesin pengisar. Kenapa? Kerana bahan perencah akan lebih terasa rendahnya. Ada ‘kick’ berbanding guna mesin pengisar.

Apa macam? Kami sudah pun kongsikan 9 cara untuk memasak nasi goreng yang sedap dengan mudah. Sesiapa sahaja boleh memasak nasi goreng yang sedap. Paling penting, kenalah selalu memasak. Barulah perfek untuk mengagak sukatan bahan-bahan untuk rasa  nasi goreng yang ohsem!

 


1 komen

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini