Aladdin 2019, Sinopsis dan Pelakon


Cerita Aladdin begitu sinonim dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang meminati kisah pengembaraan tersebut.

Kisah seorang pemuda miskin, Aladdin yang menemui sebuah lampu ajaib yang apabila digosok akan keluar jin yang boleh menunaikan permintaan orang yang menggosok tersebut.

Pemuda ini pula jatuh cinta dengan seorang Puteri raja iaitu Puteri jasmin. Dalam cerita itu juga Aladdin terpaksa berhadapan dengan seorang tukang sihir yang bernama Jafar. 

Cerita ini diserikan dengan memasukkan watak tambahan seperti monyet Aladdin dan tikar terbang.

Filem Aladdin mendapat sambutan hangat pada tahun 1992. Filem tersebut yang dibuat dalam bentuk animasi menjadi filem animasi terlaris pada masa itu.

filem animasi Alladin yang diterbitkan pada tahun 1992 yang mendapat sambutan hangat

Keuntungan yang dibuat bukan sahaja dari segi kutipan tiket, malah barangan (merchandise) lain di bawah jenama Aladdin juga menyumbangkan keuntungan yang besar.

Bukan itu saja, filem animasi tersebut juga meraih 2 daripada 5 nominasi Oscar yang dipertandingkan. Penghargaan Oscar tersebut adalah Best Score dan Best Song untuk lagu A Whole New World. 

Baca juga  Vivo V11 Dan Vivo V11i Dilengkapi Fungsi AI

Filem ini akan kembali menemui penonton dan peminatnya pada 24 May 2019. Ini membuatkan peminat filem Aladdin tidak sabar untuk menunggu tayangannya. Ini adalah kerana filem kali ini adalah filem sebenar dan bukan animasi.

Paling peminat teruja ialah apabila watak Genie dilakonkan oleh pelakon terkenal Will Smith.

Mena Massoud sebagai Aladdin
Naomi Scott sebagai Jasmine
Watak yang paling dinantikan oleh peminat, Genie, dilakonkan oleh Will Smith

Berikut adalah senarai para pelakon Aladdin 2019:

  1. Billy Magnussen – Prince Anders
  2. Will Smith – Genie
  3. Mena Massoud – Aladdin
  4. Naomi Scott – Jasmine
  5. Nasim Pedrad – Dalia
  6. Marwan Kenzari – Jafar
  7. Dan ramai lagi

Macamana dengan sambutan sebenar peminat nanti. Kita tunggu 24 May 2019. Sementara tu, anda boleh saksikan trailer yang kami sertakan dahulu.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini