Amaran Kepada Mereka Yang Suka Upload Filem Di Internet.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

“ Dia mencabar kami sampai tahap maksimum, kami mahu ambil tindakan untuk menyaman suspek ini. Benda ini akan dibawa ke muka pengadilan,” kata pengarah urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam di satu sidang media tergempar sebelum ini..

Berita daripada KOSMO Online ini boleh dijadikan pengajaran kepada mereka yang suka berkongsi filem atau memuatnaik filem terbaru di internet.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan syarikat rekaan grafik telah diarahkan membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Productions Sdn. Bhd. berhubung kesalahannya menyebarkan rakaman karya arahan Syamsul Yusof berjudul Munafik 2 tanpa kebenaran di media sosial.

Pemuda berkenaan, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, yang mengaku bersalah juga telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping, agar tidak melanggar hak cipta untuk filem Munafik 2 dan mana-mana bahagian dari naskhah berkenaan tanpa keizinan.

Kata beliau lagi, tindakan tersebut bertujuan untuk memberi pengajaran dan membendung masalah yang semakin merebak dalam kalangan industri perfileman tempatan.

Baca juga  Menjejak Makanan Sedap Di Sungai Buluh – siri 2

“Ini adalah arahan mahkamah selepas pesalah mengaku kesalahan yang telah dilakukannya. Perkara ini tidak boleh main-main, saya harap ia dapat dijadikan pengajaran kepada mereka yang mempunyai niat untuk menyebarkan hasil kerja orang lain tanpa kebenaran.

“Ia bukan hanya untuk Skop Productions, tetapi untuk syarikat produksi lain yang pernah menerima nasib sama seperti kami,” katanya yang turut hadir menyaksikan perbicaraan berkenaan di Mahkamah Tinggi Taiping, sebentar tadi.

Terdahulu, pada 20 September lalu, Skop Productions telah membuat satu laporan di Balai Polis Setapak selepas berjaya mengesan individu yang telah menyebarkan naskhah Munafik 2 tanpa keizinan menerusi dua laman sosial dengan akaun profil Sasuke Kun dan @muhammad_izwan_shah.

Filem Munafik 2 yang dibintangi oleh Syamsul, Maya Karin dan Nasir Bilal Khan mula ditayangkan pada 30 Ogos lalu. Naskhah tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM43 juta menerusi tayangan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. – K! ONLINE

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini