Jenama Vivo kini bukan lagi satu jenama yang asing, ia merupakan salah satu syarikat teknologi terkemuka di peringkat global yang komited dalam mewujudkan peranti pintar yang sering menjadi ikutan golongan muda mudi.
Dengan mempunyai lebih daripada dua ratus juta pengguna yang menggunakan peranti pintar mereka, Vivo kini hadir di 18 pasaran di seluruh dunia dengan penawaran jualan secara fizikal di lebih 1,000 bandaraya di seluruh dunia.
Demi meningkatkan lagi pengaruh jenama Vivo di mata umum, dengan kolaborasi siri telefon pintar V15, Vivo telah mengumumkan tentang satu kontes yang diberi nama “Vivo V15 Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie”.
Kontes ini yang bermula pada 6 Mei 2019 sehingga 24 Mei 2019, membuka peluang kepada peserta yang bertuah untuk memenangi hadiah yang bernilai lebih daripada RM100,000.
Untuk menyertai kontes “vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie” ini, mudah saja. Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut:
Langkah 1: Like laman rasmi Facebook “vivo Malaysia” – www.facebook.com/VivoMalaysia
Langkah 2: Ambil gambar selfie menggunakan mana-mana telefon pintar
Langkah 3: Post gambar selfie tersebut di laman Facebook peribadi atau Instagram anda, dan set kan paparan gambar sebagai PUBLIC dengan hashtag #vivoMalaysia #V15 #V15Pro #32MP #WorldFirstElevatingFrontCamera #V15ProTopInfluencer. Serta caption kreatif menggunakan ayat “vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie”
Langkah 4: Share gambar selfie anda di ruangan komen pada post kontes – https://www.facebook.com/VivoMalaysia/posts/1327997287361127
Untuk makluman, Vivo Malaysia akan memuat naik kesemua gambar-gambar selfie peserta ke dalam satu album khusus yang ditetapkan untuk kontes ini, dan orang ramai boleh mengundi gambar selfie kegemaran mereka dengan menekan butang “Like”.
30 pemenang akan dipilih berdasarkan ranking hashtag dan jumlah undian di album kontes dan sebarang maklumat ataupun pengumuman akan dibuat melalui laman rasmi Facebook vivo Malaysia.
Sedikit maklumat mengenai Vivo V15 dan Vivo V15 Pro
- Vivo V15 merupakan sebuah telefon pintar yang mempunyai skrin bersaiz 6.53 inci, dijanakan oleh cip pemprosesan Mediatek Helio P70, serta mempunyai 6GB ram dan ruangan storan sebanyak 128GB. Ia turut dilengkapi dengan kuasa bateri 4,000 mAh untuk penggunaan harian yang lebih lama. Manakala untuk rakaman gambar, ia disertakan dengan gabungan 3 kamera 12MP + 8MP + 5MP untuk kamera belakang, selain kamera hadapan 32MP yang boleh dinaik dan diturunkan.
- Vivo 15 Pro pula merupakan pilihan telefon yang lebih berkuasa tinggi kerana ia mempunyai skrin bersaiz 6.39 inci Super AMOLED, ia dijanakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 657 serta mempunyai memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB. Untuk kamera utama ia juga dilengkapi dengan gabungan tiga kamera, namun kamera utamanya lebih berkuasa tinggi iaitu 48MP + 8MP + 5MP dan dari sokongan bateri ia dilengkapi dengan kuasa bateri sebesar 3700 mAh.