•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Apabila anak anda melangkah ke alam persekolahan, antara perkara yang kita takuti adalah masalah buli. Ibu bapa harus peka dengan perubahan yang berlaku terhadap anak kita.

Mangsa buli biasanya akan menunjukkan beberapa tanda antaranya tidak mahu ke sekolah, tiada kawan, suka menyendiri, tidak mahu bercakap dan banyak lagi perubahan yang dapat dilihat terhadap anak.

Sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan dalam membantu menangani kes buli di sekolah. Cikgu Mohd Fadli Salleh melalui akaun facebooknya telah berkongsi apakah tindakan yang ibu bapa perlu tahu dalam menghadapi kes buli.

Perkara yang tidak harus dilakukan sekiranya anda mengesyaki anak dibuli di sekolah.

1. Jumpa pembuli, bagi amaran, marah mereka atau berkasar pada mereka.

JANGAN sesekali buat begini. Kesannya sangat besar. Malah menjadi kesalahan pada orang luar untuk masuk ke dalam sekolah/depan pagar sekolah marah anak-anak orang lain.

Lebih teruk, pembuli itu akan pulang mengadu pada mak ayah mereka yang dia dimarahi kalian. Pasti mak ayah pembuli tidak puas hati dan akan berdepan dengan kalian pula. Dah jadi kes makin besar dan panjang pula.

Silap-silap sampai bertumbuk dan jadi kes polis pula. Sedangkan anak kita, elok dah berkawan semula dengan pembuli tu.

2. Jumpa ibu bapa pembuli tanpa pengawasan guru.

Hal ini pernah berlaku sampai jadi kes polis. Ibu bapa menyerang / sound ibu bapa pembuli hingga menjadi pergaduhan besar pula. Siap ajak kawan-kawan nak pukul bagai. Aduh!

3. Terus buat report polis sebaik anak mengadu dibuli dan ada kesan luka/lebam.

Ini pun tidak patut dibuat. Laporan polis akan memanjangkan kes dan menyusahkan banyak pihak. Polis banyak benda besar lagi perlu diselesaikan. Kenapa nak susahkan mereka dan besarkan isu jika semua ini boleh diselesaikan secara aman dan mudah.

Baca juga  Kisah disebalik penutupan Safari Lagoon Water Park iaitu taman tema air pertama di Malaysia yang dibina di atas bumbung.

4. Jangan sebarkan maklumat dan gambar pembuli di media sosial.

Walau pun benar pembuli itu salah, tindakan menyebarkan maklumat dan gambar pembuli menyalahi akta. Anda boleh disaman dan dikenakan tindakan.

Jadi, apakah tindakan yang sewajarnya anda ambil sekiranya anak anda disyaki dibuli di sekolah.

1. Wajib lapor pada guru kelas.

Ada ibu bapa anggap, buli itu biasa. Ayat yang ini tak boleh pakai sangat,

“Biasalah budak-budak.”

Guru perlu tahu jika benar ada kes buli berlaku. Guru akan siasat dan ambil tindakan pada pembuli secara amaran lisan, hukuman, malah panggil ibu bapa mereka jika perlu.

2. Jangan terus percaya cerita anak.

Ada murid balik bercerita lain padahal kes sebenar berlainan. Bahkan ada murid yang buli kawan dia dulu, bila kawan dia balas dan dia kalah, dia balik mengadu dia dibuli. Padahal dia mulakan dulu.

Cerita yang tidak lengkap dan ditokok tambah ini punca banyak salah faham berlaku. Sebab itu sangat penting maklumkan pada guru kelas agar siasatan dan tindakan segera dapat diambil.

3. Jika kes berterusan walau dah berkali-kali report pada guru kelas, terus jumpa GB dan PK Hem untuk lapor hal ini.

Laporan bertulis perlu ada sebagai simpanan kita. Bila kes dah sampai ke pihak pentadbiran, pasti tindakan dan siasatan serta merta akan dilakukan.

Semua langkah pencegahan, amaran, hukuman dan tindakan yang perlu akan diambil oleh pihak sekolah.

Ingat, jika anak dibuli, jangan cepat melatah dan mengambil tindakan terburu-buru yang akhirnya membuat kita kesal dengan tindakan kita. Tangani dengan berhemah dan tenang. Jangan dipengaruhi emosi dan kemarahan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini