Anak mengamuk atau tantrum? Ini yang perlu anda tahu bagi mengawal keadaan


Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Menangis dan mengamuk adalah salah satu cara si kecil menyampaikan rasa protes mereka apabila apa yang mereka ingini tidak dipenuhi.

Ahli psikologi, Robert Pianta mengatakan bahawa pada usia bayi, emosi yang mereka rasakan adalah mudah iaitu gembira dan marah. Tapi selepas usia 2 tahun, mereka akan mula merasakan emosi yang lebih kompleks seperti rasa bersalah, malu, marah, merajuk dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa, kita harus tahu apakah yang cuba disampaikan oleh si kecil apabila mereka mengamuk. Kemudian cuba kawal dengan mengamalkan tips berikut :

1. Bertenang
Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis.

2. Pujuk dan peluk
Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dan peluk dengan lembut. Pada ketika ini mereka cuba menarik perhatian kita dan tindakan ini adalah sebagai tanda kita bersedia berikan sepenuh perhatian kepadanya.

3. Alih fokus anak Alih fokus anak
Ada kalanya anak memgamuk kerana mahukan sesuatu yang tak dapat kita berikan. Oleh itu, cuba alih perhatiannya tentang sesuatu yang ada di persekitaran agar dia dapat melupakan seketika perkara yang dimahukannya.

4. Ganjaran
Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

5. Biarkan sahaja
Berikan masa kepadanya untuk meluahkan perasaannya jika pujukan tidak diendahkan.

6. Ugutan manja
Katakan kepadanya andai dia masih berkeras dan mengamuk, anda tidak akan membawanya keluar bersiar-siar lagi (contoh).

7. Bertegas
Adakalanya jika semua cara lembut tidak diendahkan. Mungkin dengan sedikit ketegasan dapat memberikan amaran kepadanya bahawa anda tidak akan menurut kehendaknya.

Perlu diingatkan bahawa layanan kita kepada anak akan mempengaruhi tumbesarannya. Jangan terlalu berkeras dan garang. Gunakan pendekatan yang lebih sesuai dengan persekitaran ketika itu. Anak perlukan perhatian kita dan berikan sepenuh perhatian kepada perasaan yang mereka alami.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini