Anda Pilih Hospital Kerajaan Atau Swasta?

hospital avisena shah alam

Kemudahan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Kerajaan memperuntukan berbilion ringgit setahun untuk memastikan fasiliti perkhidmatan perubatan di hospital kerjaan berada di tahap terbaik.

Namun, masih ramai yang lebih gemar mendapatkan khidmat rawatan masalah kesihatan mereka di hospital swasta.

Kenapa Mereka Memilih Hospital Swasta?

Kemudahan selesa di Hospital Avisena, salah satu hospital swasta terbaik di Shah Alam.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ada di kalangan masyarakat yang memilih rawatan di hospital swasta. Setiap orang mempunyai selera dan kemampuan yang berbeza.

Waktu Menunggu Yang Lebih Singkat.

Mungkin ada orang yang tidak suka dengan waktu menunggu yang agak lama di hospital kerajaan. Kerana beberapa sebab tertentu, masa untuk menerima rawatan di hospital kerajaan mungkin agak lama. Ini perkara normal. Ada yang boleh menerima. Ada juga ada yang tidak gemar dengan situasi sebegini.

Tetapi ini tidak bermakna, waktu menunggu di hospital swasta selamanya singkat. Ada juga aduan daripada pesakit yang mengadu terpaksa menunggu lama di hospital swasta walhal mereka sudah membayar lebih. Ini mungkin kes terpencil yang tidak dapat dielakkan.

Tak Puas Hati

Ada juga yang mungkin tidak berapa berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Kadang kala mereka mahu mendengar pendapat kedua tentang masalah yang mereka hadapi.

Lebih Banyak Pilihan

Berbanding hospital kerajaan, pesakit di hospital swasta boleh memilih pakar yang mereka mahu untuk sesi rawatan. Mereka juga boleh pilih pakar untuk konsultasi masalah kesihatan.

Rawatan di hospital swasta juga dapat diberikan dengan cepat sementara konsultasi dan temujanji diadakan di waktu yang sesuai bagi pesakit. Ada pesakit yang hanya mampu bertemu dengan doktor pada hujung minggu akibat kekangan waktu bekerja.

Antara perbezaan yang ketara dalam 2 pilihan perkhidmatan perubatan ini ialah keluarga dan rakan dapat melawat tanpa ada banyak halangan terutama daripada segi masa melawat.

Kenapa Pula Mereka Masih Memilih Hospital
Kerajaan?

Kos Lebih Rendah.

Kos perubatan tinggi di hospital swasta menjadi jawapan apabila ditanya sama ada mahu memilih hospital swasta atau kerajaan.

Kerajaan membelanjakan wang yang banyak dari segi penjagaan kesihatan untuk orang ramai. Sudah tentu jika anda mencari kemewahan seperti bilik hotel, ia tidak didapati di hospital kerajaan.

Kerajaan juga menyediakan rawatan percuma di hospital bagi penjawat awam serta keluarga mereka. Ini antara sebab kenapa masih ramai yang mahukan perkhidmatan di hospital awam. Benda percuma tidak semestinya tidak berkualiti. Ada juga pendapat mengatakan mutu kualiti di hospital kerajaan adalah sama dengan hospital swasta

Hospital Shah Alam, hospital kerajaan yang terbaru di Shah Alam

Servis Di Hospital Kerajaan Cemerlang.

Jika tahun-tahun sebelum ini, ramai yang mempertikaikan kualiti perkhidmatan (layanan oleh staff dll) di hospital kerajaan, kini tiada lagi. Bukanlah tiada 100%, tetapi kami percaya, mutu perkhidmatan staff di hospital kerajaan bertambah baik, setaraf dengan hospital swasta.

Contohnya bila ‘loceng bantuan’ dibunyikan pesakit, tak sampai beberapa saat jururawat muncul untuk memberikan bantuan yang diperlukan pesakit. Cara layanan staf di wad juga lebih mesra pelanggan hasil latihan perkhidmatan yang mereka hadiri.

Kami yakin, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan lagi kualiti kerja kakitangan mereka di premis kesihatan.

Para pegawai perubatan dan juga pakar menjalankan tugas mereka di wad itu secara bergilir-gilir hampir 24 jam sehari.

Mana satu pilihan anda, hospital kerajaan atau hospital swasta? Tepuk dada, tanya selera.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini