Android Box Bakal Diharamkan? Apa Kata Anda..


Penggunaan Android Box sudah semakin meluas di Malaysia. Dengan kos sara hidup yang agak tinggi di malaysia, ia memang satu langkah yang bijak bagi individu yang ingin berjimat.

Hanya beli set Android Box yang berharga antara RM100 – RM300 berserta dengan pakejnya dan line internet yang laju, banyak channel yang menarik dapat ditonton sekeluarga.

Walaubagaimanapun, untuk syarikat penyedia perkhidmatan television berbayar, ini adalah satu ancaman besar buat mereka. Kerugian yang mereka alami bukan sedikit daripada penggunaan Android Box ini.

Antara yang paling terkesan ialah syarikat penyedia perkhidmatan television berbayar seperti ASTRO.

Di Singapura, ‘streaming box’ seperti ini mungkin bakal diharamkan sedikit masa lagi. Ini berikutan Menteri Undang-undang-undang Singapura telah mengesyorkan supaya ianya diharamkan kerana membenarkan pengguna mengakses konten cetak rompak awal bulan ini.

Ini adalah antara cadangan perubahan untuk ‘Copyright Act’ negara itu yang akan diusulkan dalam parlimen pada tahun ini.

Mungkinkah langkah ini akan diikuti oleh kerajaan Malaysia. Jika ya, mungkin ianya akan menjadi kemarahan rakyat Malaysia yang selama ini kurang senang dengan perkhidmatan dan caj yang dikenakan Oleh ASTRO.

Ianya pasti akan menjadi polemik politik berikutan kos sara hidup di Malaysia yang masih belum berjaya diturunkan seperti yang rakyat harapkan.

Apa pandangan anda jika streaming box diharamkan?


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini