Anggaran purata jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terengganu paling pendek…!

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Negara yang dikeluarkan pada  20 Februari 2018 lalu jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terengganu adalah 69.6 tahun berbanding purata kebangsaan 72.7 tahun.

Negeri Sarawak mencatatkan purata jangka hayat paling tinggi bagi lelaki berbanding purata jangka hayat kebangsaan iaitu 75.3 tahun.

Manakala jangka hayat bagi wanita di kedua-dua negeri (Kelantan dan Terengganu) berkenaan bagaimanapun menunjukkan purata yang hampir sama dengan negeri lain di Malaysia iaitu masing-masing dengan 75.8 tahun dan 75.7 tahun.

Sarawak sekali lagi mencatatkan purata paling panjang usia untuk wanita iaitu 78.9 tahun, lebih tinggi berbanding purata kebangsaan 77.6 tahun.

Walaubagaimanapun, untuk kadar kelahiran baru pula, Kelantan dan Terengganu mencatatkan jumlah yang tinggi (walaupun bukan paling tinggi) berbanding negeri lain di Malaysia dengan masing-masing mencatatkan 21.6 dan  23.1 kelahiran bagi setiap 1,000 populasi.

Jumlah kelahiran paling tinggi dicatatkan di Wilayah Persekutan Putrajaya dengan 28.8 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk.

Manakala Perak pula mencatat kadar kelahiran 2017 paling rendah iaitu 14.0 kelahiran baharu bagi setiap 1,000 populasi.

Purata jangka hayat bagi negeri-negeri lain adalah seperti berikut:

  • Johor, 72.3 tahun bagi lelaki dan 77.4 tahun bagi wanita
  • Kedah (70.5 dan 76.4)
  • Melaka (72.7 dan 77.6)
  • Negeri Sembilan (72.9 dan 77.3)
  • Pahang (71.0 dan 76.8)
  • Perak (71.1 dan 77.4)
  • Perlis (70.8 dan 75.4)
  • Pulau Pinang (72.6 dan 78.6)
  • Selangor (73.5 dan 77.5)
  • Sabah (73.9 dan 77.6) 
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (74.7 dan 78.4)
  • WP Putrajaya – tiada rekod
  • WP Labuan – tiada rekod
Baca juga  Pendaftaran Fasa Kedua Pilot User RFID Dibuka
gambar sekadar hiasan

Kadar kelahiran kebangsaan sepanjang 2017 pula mencatat 58 kelahiran bagi setiap jam berbanding 19 kematian dicatatkan bagi tempoh yang sama.

Ini menjadikan secara keseluruhannya 508,658 kelahiran dicatatkan berbanding kadar kelahiran sebanyak 281,594 kelahiran setahun pada 1958.

Berlaku peningkatan purata jangka hayat kebangsaan 72.7 tahun bagi lelaki dan 77.6 tahun bagi wanita, berbanding 63.1 tahun bagi lelaki dan 66.0 bagi wanita pada tahun 1966.

Purata jangka hayat yang semakin meningkat itu akan menyaksikan populasi warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas mencecah 15.3 peratus menjelang 2030.

Ini menjadikan hasrat Malaysia untuk menjadi negara tua dapat dicapai sebagai mana yang disasarkan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini