Ada orang mampu pakai handphone canggih. Setiap gambar yang diambil nampak sharp dan cantik. Tapi kadang-kala ada sesetengah orang tak begitu bernasib baik. Dapat handphone yang biasa-biasa, bila ambil gambar dalam keadaan low light terus nampak blur-blur dan noise yang tinggi. Pasrah je la jawabnya kan.
Tapi itu dulu.. masa korang belum baca entri ni sebab dengan teknologi AI yang dah berkembang pesat, ada satu aplikasi yang dapat perbetulkan imej-imej yang tak berapa cun tu menjadi sesuatu gambar yang lebih menarik. Aplikasi tersebut yang dinamakan “Remini”.

Contoh, gambar dibawah. Asalnya gambar ni nampak tak berapa tajam dan penuh dengan noise.

Tapi selepas dimuat naik ke aplikasi Remini ini, tu dia.. cun woih. Teknologi AI yang terbina memperbetulkan imej menjadi lebih “bernyawa”.


Menarik bukan?
Aplikasi Remini ini hadir dengan trial version yang membolehkan pengguna memuat naik gambar yang ingin diperbetulkan sebanyak 3 keping. Namun sekiranya korang nak guna lebih lagi, boleh subscribe kepada akaun premium dengan harga semurah $4.99 sebulan.
Ala murah je tu. Dapat jadikan gambar yang kurang cantik menjadi gambar yang cun melecun, berbaloi apa. 🙂
Fuuuh ok ni.. X jdlah beli aipong elebeng..