Tarikan Terbaru di Putrajaya..


Putrajaya, pusat pentadbiran negara Malaysia sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik di Putrajaya ni.

Antaranya ialah Masjid Besi, Masjid Putrajaya, Putra Square, Jambatan Putrajaya, Tasik Putrajaya, Taman Wetland dan lain-lain lagi. Sehari tak cukup untuk anda melawat semua tempat menarik di sana. 

Yang terbaru, satu tarikan lagi dibina di Putrajaya yang boleh menjadi mercu tanda pusat pentadbiran negara ini. Satu arca ‘PUTRAJAYA’ telah dibina di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya.

Struktur arca berkenaan dibina dengan lebar 1.5 meter (m) dan berketinggian 2.4 m. Panjang keseluruhan hurufnya pula ialah 22 m. Ia dibina dengan menggunakan keluli tahan karat supaya tahan lasak.

Arca ini direka bentuk dengan imej abstrak berwarna-warni harmoni sebagai lambang kegembiraan. Ia unik kerana paparan imej grafiknya yang boleh ditukar ganti. Paparan imej grafik pada arca ini akan ditukar mengikut musim dan sambutan tertentu termasuk bulan kemerdekaan dan hari perayaan.

Bahagian belakang huruf pula berimej kibaran jalur gemilang yang menggambarkan semangat cinta dan sayang kepada negara.

Reka bentuk arca ini diinspirasikan oleh kumpulan pegawai muda PPj bagi mewujudkan mercu tanda Putrajaya seperti arca tulisan di luar negara.

Tarikan terbaru Putrajaya ini telah dilancarkan Oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bebaru ini yang berbangga dengan projek ini.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini