• 10
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Satu laporan hari ini telah mendedahkan bahawa PDRM kini mempunyai perkakasan pemantauan internet yang berkemampuan untuk mengenal pasti pelayar yang melayari laman web pornografi. Perkakasan tersebut yang dileteka dibawah bidang kuasa unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia (MICAC), difahamkan akan digunakan untuk membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak yang banyak berlaku secara atas talian.

Alat ini yang dipanggil Internet Crime Against Children – Child Online Protection Service (ICACCOPS) telah dibangunkan di Amerika Syarikat, dan ia dikatakan akan berfungsi selama 24 jam bagi mengesan lokasi sesebuah laman itu diakses oleh pelayar, tempoh masa ia diakses dan butiran lanjut laman yang diakses itu.

Laporan itu juga menyebut bahawa PDRM juga telah membina pangkalan data berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada alat tersebut dimana ia kemudiannya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), supaya pihak PDRM dapat memperoleh maklumat pelayar sebelum diteruskan dengan tindakan yang selanjutnya.

Baca juga  Netflix Guna Paling Banyak Data Internet.

Selain daripada penggunaan teknologi, unit MICAC ini juga akan melakukan pertukaran maklumat diantara agensi tempatan dan antarabangsa.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 10
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini