Baca Doa Ini Untuk Hilangkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu Dan Elak Kecelakaan.

mengantuk semasa memandu

Cuba sekolah sudah bermula. Ibu bapa yang sudah lama merancangan untuk bawa anak berjalan-jalan pasti akan mengambil cuti tahunan yang lebih lama. Alang-alang cuti sekolah seminggu, mestilah hendak bercuti ke tempat yang lebih jauh. Tak bestlah jika bercuti dekat-dekat dengan rumah kediaman sahaja kan.

Memandu dengan jarak jauh dan lama ke tempat percutian, pasti ada risikonya. Badan yang penat pasti mengundang rasa mengantuk. Bahaya tu!

Jika mengantuk, berhentilah seketika. Minum kopi. Atau lelap seketika. Paling penting, jangan lupa baca doa untuk hilangkan rasa mengantuk.

Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Potongan ayat tersebut berbunyi.

 “LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…” .

(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”) 

Doa Hilangkan Rasa Mengantuk.

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat .  

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X. 

Semoga yat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar dan tidak mengantuk lagi semasa dalam pemanduan atau semasa melakukan kerja-kerja lain.

Baca juga: Doa Qunut


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini