•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Autism tidak dikategorikan sebagai penyakit, tetapi adalah kecelaruan (disorder) yang berlaku di dalam otak. Punca mengapa terjadinya kecelaruan tersebut masih belum dapat dikenal pasti, maka kerana itu dari segi bioperubatan kaedah rawatannya masih belum ditemui.

Kanak-kanak autisme dikaitkan dengan beberapa gejala seperti masalah pembelajaran, masalah emosi, masalah tingkah laku dan lain-lain. Ibu bapa boleh mengenalpasti tanda-tanda dan ciri-ciri yang ditunjukkan anak supaya rawatan lanjut boleh diberikan.

Berikut adalah ciri-ciri yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa terhadap kelakuan anak.

1. Sering berborak sendirian seolah-olah sedang bermain bersama teman invisible.

2. Sering mengulangi percakapan terhadap perkara yang sama berulang kali.

3. Ketawa berdekah-dekah tidak sesuai dengan keadaan atau perkara yang berlaku.

4. Tidak suka dipeluk.

5. Tidak suka sesuatu yang baru yang lain dari kebiasaannya.

6. Tiada ‘eye contact’ apabila bercakap dengan seseorang.

7. Tidak suka bermain dengan rakan sebaya. Lebih suka bermain sendirian.

Baca juga  Cara menarik perhatian followers di intagram yang perlu anda tahu

8. Suka mengulangi percakapan orang lain.

9. Suka memutar objek.

10. Tidak pandai bermain olok-olok contohnya sebagai doktor, polis dan sebagainya.

11. Menangis dan mengamuk tanpa sebab yang jelas.

12. Tidak faham konsep bahaya kepada diri sendiri atau orang lain.

Tapi perlu diingatkan bahawa bukan semua kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri yang sama. Ada yang menunjukkan ciri-ciri yang tidak disebutkan di atas. Setiap kanak-kanak autisme adalah berbeza diantara satu sama lain.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini