•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Fakta mengenai cahaya UV yang boleh meroksakkan mata atau kulit pasti sudah diketahui ramai. Cahaya UV tidak boleh dilihat dengan mata kasar, juga dikategorikan sebagai Invisible Light. Mata manusia normal dapat melihat gelombang antara 400 nm-760nm, termasuklah Visible Light.

Visible Light diperlukan oleh mata kita dalam sistem pandangan hingga kita boleh membezakan pelbagai jenis warna benda. Sumbernya adalah daripada matahari atau pun pencahayaan buatan seperti lampu neon, LED, monitor komputer, smart phone, tablet dan sebagainya.

Walaupun ia memberi banyak faedah untuk sistem pandangan manusia, namun Visible light juga memberi impak sampingan yang buruk terutama cahaya biru yang memiliki gelombang 415 nm – 455 nm. Akumulasi paparan cahaya biru yang masuk ke mata dalam tempoh masa yang panjang sangat tidak digalakkan.

Terdapat banyak keburukan sekiranya cahaya biru ini dipancarkan secara berlebihan kepada mata kita. Antaranya adalah:

a) Mengganggu putaran waktu tidur

Cahaya biru yang dipancarkan oleh cahaya matahari pada siang hari sangat bermanfaat untuk meningkatkan mood kita. Ia juga berperanan untuk mengawal waktu putaran tidur seseorang yang dikenali sebagai circadian rhythm

Ia akan membuatkan kita akan berasa segar di pagi hari dan mengantuk di malam hari, akibat kerana stimulasi cahaya biru dari matahari. Akan tetapi, sekiranya cahaya ini dipancarkan secara berterusan, ia akan menyebabkan putaran waktu tidur kita berubah.

Cahaya biru akan menyebabkan badan kita menghasilkan hormon melatonin yang sedikit. Hormon ini berfungsi untuk mengawal atur kitaran tidur kita. Secara normalnya, badan kita menghasilkan hormon melatonin yang sedikit pada sinag hari, dan semakin bertambah pada malam hari. 

Akan tetapi, apabila terdapat pancaran cahaya biru, otak akan menafsirkan ia adalah seperti waktu siang dan mengarah tubuh untuk mengurangkan perembesan hormon ini. Jadi ia akan membuatkan kita tidak mengantuk. Akibat daripada masalah ini, waktu tidur kita terganggusukar untuk tidur, mengalami masalah insomnia, dan mengalami masalah tidur tidak nyenyak.

Baca juga  12 Jenis Barangan Dalam Rumah Yang Mungkin Telah Tamat Tempoh Tanpa Kita Sedari
b) Tekanan mata digital (Digital Eye Strain)

Mereka yang sering terdedah dengan cahaya biru ini juga akan mengalami tekanan mata digital. Antara tanda-tanda tekanan mata digital adalah seperti sakit mata, berlaku iritasi pada mata, penglihatan kabur. Mereka yang mengalami tekanan mata digital ini juga akan mengalami sakit kepalalehersakit belakang dan bahu.

c) Kerosakan Mata

Mereka yang terdedah dengan cahaya biru yang berpanjangan ini juga akan meningkatkan risiko kerosakan mata. Antara masalah yang sering dihidapi adalah masalah kerosakan retina dan kemerosotan makula yang berkaitan dengan usia. Masalah mata ini boleh menyebabkan kita boleh kehilangan penglihatan kerana ia boleh menyebabkan kita buta.

d) Meningkatkan risiko penyakit kronik

Ya, jangan terkejut. Ini kerana penyelidik Harvard telah mengaitkan bahawa pendedahan kepada cahaya biru yang berterusan pada malam hari boleh meningkatkan risiko untuk mendapat masalah kanser seperti kanser payudara dan prostat. Ini adalah berkaitan kadar hormon melatonin yang kurang dihasilkan hasil daripada pendedahan cahaya biru pada waktu malam.

Ia juga boleh meningkatkan risiko mendapat masalah diabetespenyakit jantungobesiti dan peningkatan risiko kemurungan.

Apa-apa pun, setiap perkara jika dilakukan secara berlebihan pasti akan memberi kesan buruk. Gunalah gajet berpada-pada supaya kesan buruk dalam tempoh masa panjang dapat dielakkan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini