Bahaya Lepaskan Baung Ekor Merah Ke Sungai.

harga ikan baung ekor merah

Bagi kaki pancing di Malaysia, spesis ikan baung bukanlah pilihan utama jika dinilai dari segi kekuatan tentangan di hujung mata pancing. Namun, jika dijadikan lauk, pasti menu ikan baung dijadikan capaian utama ketika menjamu selera.

Ikan baung sememangnya mempunyai nilai komersial yang tinggi di kalangan penggemar masakan tempatan. Ikan baung ekor merah kian mendapat permintaan menggalakkan daripada penduduk tempatan dan luar kerana rasanya dikatakan hampir sama dengan ikan baung liar Sungai Pahang.

Ikan ini dipasarkan apabila mencapai usia 10 hingga 15 bulan dengan berat lebih sekilogram, menternak ikan ini mudah dan tidak cerewet kerana hanya perlu memberi makan sekali hingga dua kali seminggu bagi ikan dewasa

Harga Ikan Baung Ekor Merah

Harga ikan baung ekor merah dijual dengan harga antara RM15 hingga RM20 sekilogram.

Berbeza dengan ikan baung tempatan, ikan baung ekor merah adalah spesies berasal dari Sungai Mekong, Vietnam dan ia dikategorikan sebagai ikan pemangsa yang akan mengganggu ekosistem perairan sekiranya berada dan membiak dalam perairan umum.

Ikan berkenaan adalah ikan yang agresif memakan pelbagai hidupan dalam air termasuk anak ikan dan udang, saiznya matangnya mencapai berat puluhan kilogram.

Jabatan Perikanan Pahang larang penternak ikan baung ekor merah dalam sangkar secara komersial di Sungai Pahang melepaskannya ke dalam sungai bagi mengelak kesan negatif pada ekosistem.

32 Spesis Ikan Dilarang Dilepaskan Ke Perairan Umum.

Ikan baung ekor merah yang dikategorikan sebagai ikan pemangsa itu antara 32 spesies ikan yang tidak dibenarkan dilepaskan dalam sungai, empangan, tasik dan lombong di negara ini.

Senarai Ikan Yang Dilarang Dilepaskan Ke Perairan Umum.

Kebanjiran ikan-ikan ini akan mengganggu keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesis ikan asli di perairan negara kerana jika ikan-ikan jenis ini membiak, ia boleh menjadi dominan dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan sedia ada.

Kehadiran ikan berbahaya ini di perairan negara juga boleh membawa penyakit yang akan merebak kepada ikan tempatan terutama yang diternak dalam sangkar.

Hari ini terdapat ramai penternak di beberapa daerah di negeri Pahang menternak ikan baung ekor merah dengan alasan sambutan menggalakkan daripada pelanggan selain harga yang tinggi.

Justeru, Jabatan Perikanan Pahang giat mengadakan program kesedaran terhadap kesan kepada ekosistem berpunca daripada ikan baung ekor merah. Ini dilakukan bagi memastikan penternak mengambil langkah terbaik mengelak ikan berkenaan terlepas ke sungai.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini