Barisan Panjang Untuk Berebut Kondom Teh Tarik


Kondom Teh Tarik..!!!

Kondom berperisa Teh Tarik ini menarik perhatian ramai di Pameran International Rubber Glove Conference and Exhibition (IRGCE 2018) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre bermula semalam.

Pameran yang dibuka khas untuk pemain-pemain di dalam industri sarung tangan getah tersebut bertujuan menemukan pelbagai peringkat syarikat dan individu yang terlibat di dalam industri pembuatan sarung tangan getah untuk berkongsi teknilogi dan pattern terkini ciptaan sarung tangan getah. Pameran ini diadakan selang 2 tahun sekali.

Walaupun Kondom Teh Tarik belum dilancarkan secara rasmi, sampel kondom tersebut yang dipamerkan manyaksikan barisan panjang pengunjung yang beratur untuk melihat sendiri kondom tersebut. Dan ianya habis diambil pengunjung dalam masa sekejap.

Syarikat pengeluar ondom tersebut, Karex Bhd sendiri pun tidak menyangka yang gerainya (booth) akan menjadi serbuan orang ramai.

Karex Bhd adalah syarikat pengeluar kondom terbesar di dunia. Ia dikenali dengan pengeluaran kondom yang unik termasuk yang paling dan sedang popular, variasi kondom “glow-in-the-dark”.

Hebat dan sempoi gaya hubungan s3xs dan fantasy orang Malaysia kan…? Kami di Ohsempoi tersenyum dengan berita ini..!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini