•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Batuk merupakan salah satu perkara biasa yang terjadi di kalangan manusia. Batuk juga boleh menyebabkan kahak pada tekak anda dapat dikeluarkan dengan lebih mudah.

Batuk, walaupun tidaklah menyakitkan sangat, namun ianya amat tidak menyelesakan. Apa kata anda cuba petua orang-orang lama ni! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk anda tu. Jom baca!

1# Minum Madu

Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak. Menurut satu kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk.

Anda boleh membuat ramuan sendiri di rumah dengan mencampurkan 2 sudu teh madu bersama dengan air suam dan perahan lemon. Madu juga mampu untuk menenangkan  manakala jus lemon membantu dari berlaku kesesakan pada rongga. Anda juga boleh memakan madu itu dengan perahan limau nipis.

2# Tidur Di Atas Bantal Yang Tinggi.

Posisi bantal yang sedikit lebih tinggi pada posisi kepala mampu membuatkan anda bernafas lebih lega. Sekaligus, tidur menggunakan bantal yang tinggi juga boleh membantu mengurangkan batuk.

Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan kerap batuk. Jadi, dengan posisi kepala yang lagi tinggi dari bantal, akan membuat lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.

3# Minum Air Garam

Petua ini membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak.

Anda hanya perlu mengambil segalas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari.

Petua hilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang. Biasanya cara ini boleh membantu dengan cepat untuk menghilangkan batuk anda, sudah tentu ditambah pula dengan terapi semula jadi atau dengan mengambil ubat-ubatan doktor.

Baca juga  Petua ini jarang diamalkan rakyat Malaysia untuk mengurangkan batuk dan selsema anak.

Ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka akan tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.

4# Limau Nipis Dan Kicap

Kalau limau nipis, memang terbukti banyak khasiatnya. Kicap? Pertama kali kami dengar potensi kicap dala meredakan batuk.

Namun, petua ni agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelik kan kombinasi limau nipis dan kicap? Belum cuba, tak tahu kesannya macam mana.

Caranya, perahkan sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan kerap. Sedap, murah dan selalunya berkesan!

5# Makan Aiskrim Vanilla

Aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana ia menyebabkan tekak terasa kebas.

Aiskrim sifatnya sejuk apabila anda memakan aiskrim tekak anda akan berasa begitu nyaman. Jangan pula anda memakan ais batu kerana ia akan membuat batuk anda bertambah teruk lagi.

Jika anda tidak berselera untuk memakan makanan yang berat akibat batuk dan sakit tekak. Anda jangan bimbang kerana dengan memakan aiskrim ia mampu untuk memberi tenaga tambahan kepada diri anda.

Cukuplah 5 Petua Tanpa Ubat Moden Untuk Hilangkan Batuk daripada kami kali ini. Setiap usaha kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, perlulah diiringi dengan doa kepada-Nya. Kita hanya berusaha, yang menyembuhkan hanyalah Dia.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini