Bayaran khas sebanyak RM500 yang dibayar esok (18 Dis) akan  memanfaatkan 1.4 juta penjawat awam kerajaan persekutuan, merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung tahun bagi membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka.

Lim ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lepas mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah dan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

Dalam pada itu, Lim berkata sungguhpun bayaran khas tersebut yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion tidak diperuntukkan lebih awal dalam Belanjawan 2018, namun kerajaan Pakatan Harapan masih boleh mencari wang menerusi penjimatan dengan menjalankan pentadbiran yang bersih serta Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

— BERNAMA

Nota Ohsempoi: Alhamdulillah, rezeki untuk penjawat di hujung tahun. Harapnya tiada lagi suara sumbang Netizen tentang rezeki ini. Tak baik tahu. Tanda-tanda hati rosak, rasa ‘bengang’ melihat kebahagian orang lain. 🙂

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

Baca juga  Rakyat Thai Bersatu Demi Menyelamatkan 12 Remaja Thai Yang Terperangkap di Dalam Gua

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini