Sempena dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi, Vivo Malaysia telah mengumumkan dimana mereka bermula hari ini telah menganjurkan satu peraduan yang cukup menarik dinamakan sebagai “Travel Around the World With Vivo”.

Peraduan ini yang membolehkan para pengguna yang menyertainya akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa lawatan 6 hari 5 malam ke destinasi pilihan sama ada Jepun, China, Korea, Turki, India, Mekah, Croatia, Greece, Mesir, Perancis, Jerman, Australia ataupun Itali.

Cara untuk menyertai peraduan ini cukup mudah yang mana dengan sebarang pembelian telefon pintar Vivo dari mana-mana kedai konsep atau pengedar rasmi Vivo (tidak termasuk pembelian di kedai telco), anda kemudiannya akan diberikan kod QR untuk diimbas. Dan seterusnya anda perlu menghantar nombor IMEI peranti tersebut melalui halaman rasmi WeChat Vivo Malaysia.

Seorang pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima dua tiket pakej perlancongan ke destinasi pilihan mereka. Manakala pemenang-pemenang yang lain akan menerima wang tunai dan hadiah menarik yang lain bernilai sehingga RM40,000, termasuk tiga hadiah pertama yang bernilai sebanyak RM1,888 setiap satu.

Memetik kenyataan daripada CEO Vivo Malaysia, Mike Xu, beliau berkata “Kami sangat teruja untuk memberi ganjaran kepada pengguna dan peminat setia kami melalui pertandingan ini, dan saya berharap anda akan menuju ke outlet Vivo yang terdekat untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini. Jika anda sedang mencari telefon baru, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkannya sekarang. Vivo Malaysia juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya “.

Baca juga  Pelan Jalur-Lebar Baru Maxis Serendah RM89 Untuk 30Mbps Dan RM129 Untuk 100Mbps

Untuk makluman, peraduan ini berlangsung dari 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019. Anda juga boleh membeli telefon Vivo secara atas talian melalui laman web rasmi mereka www.vivostore.com.my ataupun untuk mencari pengedar rasmi mereka yang terdekat dengan anda , senarai semakan adalah seperti yang diberikan di pautan ini – www.bit.ly/WhereToBuyVivo

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini, anda juga boleh pergi ke laman rasmi Facebook Vivo di www.facebook.com/VivoMalaysia.

#vivo #V15 #WorldFirstElevatingCamera #32MPSelfies #LevelUP #travelaroundtheworldwithvivo

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini