Tahukah anda bahawa Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September setiap tahun. Banyak aktiviti yang telah dirancang bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung. Antara aktiviti yang biasanya diadakan bersempena Hari Jantung Sedunia adalah program larian kesedaran, pameran kesihatan, pemeriksaaan jantung percuma dan banyak lagi.

Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) telah melancarkan Kempen Kesihatan Jantung CVSKL bersempena sambutan Hari Jantung Seduania dengan menawarkan ujian elektrokardiogram (EKG) percuma kepada orang ramai menerusi kerjasama dengan rangkaian klinik swasta Qualitas Healthcare.

Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini, rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas boleh terus menjalani ujian tersebut di 10 klinik Qualitas terpilih di sekitar Lembah Klang. EKG memberi fokus kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular terutama mereka yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, selain disebabkan olen kolesterol tinggi, darah tinggi serta Indeks Jisim Badan (BMI) tidak normal.

“Di CVSKL, kami mendapati ramai pesakit pada usia muda datang mendapatkan rawatan penyakit jantung. Hal ini adalah sangat membimbangkan” kata Tan Sri Dr. Yahya Awang, Pengerusi CVSKL.

Baca juga  Istanbul Grand Airport (IGA) - Lapangan Terbang Terbesar Di Dunia Kini Dibuka.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan penyakit jantung sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia pada 2005 hingga 2017. Ia berpunca daripada gaya hidup tidak sihat rakyat di negara ini yang mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat dan tidak mengamalkan aktiviti fizikal seperti bersukan.

Pengerusi Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack berkata; dengan menawarkan ECG secara percuma, diharapkan orang ramai akan terdorong untuk mendapatkan pemeriksaan awal dan mengesan sebarang gejala penyakit yang tidak diketahui.

Orang ramai boleh membuat pemerikasaan percuma di klinik terpilih yang terlibat. Kempen ini menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 orang untuk datang ke klinik sepanjang tempoh kempen. Anda boleh membuat semakan klinik yang terlibat di laman https://www.cvskl.com/

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini