Christiano Ronaldo…
Siapa yang tidak mengenali legenda bolasepak dunia ini. Tiada pemain yang dapat mengatasi rekod pencapaiannya di dalam dunia bolasepak alaf baru. Yang paling hampir dengan beliau adalah pemain Argentina, Lionel Messi. Malah Messi sendiri respek akan pemain kelahiran Portugal ini.
Bermula dengan kelab di tempat kelahirannya, Sporting Lisbon, Ronaldo terus memahat nama di dalam dunia bolasepak profesional apabila beliau dibeli oleh kelab Manchester United pada tahun 2003.
Seterusnya pemain yang mempunyai ketinggian 6 kaki 1 inci ini terus mengorak langkah dengan berpindah ke satu lagi kelab gergasi dunia Real Madrid. Kini beliau baru sahaja beralih angin ke kelab barunya Juventus selepas memenangi trofi Champions League bersama Real Madrid.
Sepanjang kariernya pemain ini mendapat pelbagai anugerah tertinggi di dalam dunia bolasepak. Sebut sahaja apa anugerahnya, pasti ia di dalam genggaman Ronaldo. Pemain terbaik kelab, pemain terbaik dunia, penjaring terbanyak, FIFA Ballon d’Or dan lain-lain lagi.
Beliau bukan sahaja mencipta nama di atas padang, di luar padang pun beliau ada empayar tersendiri. Jenamanya, CR7 bukan jenama biasa. Ia setaraf dengan jenama sukan yang telah lama bertapak di pasaran.
Namun yang lebih manisnya ialah Ronaldo ini juga seorang yang pemurah. Sebahagian pendapatan dan anugerah yang beliau perolehi, didermakan kepada pelbagai badan yang memerlukan.
Berikut adalah antara fakta dan jasa Ronaldo di luar padang menolong orang yang dalam kesusahan:
- Beliau tak pernah melukis tatoo pada bandannya kerana beliau biasa menderma darah di klinik di negaranya, Portugal.
- pada tahun 2010, beliau telah bersetuju untuk bermain dalam perlawanan amal yang dianjurkan oleh FC Porto selepas banjir yang mengorbankan sekurang-kurangnya 42 orang di Madeira.
- pada tahun 2012, beiau mendermakan Kasut Emas yang dimenangi yang bernilai 1.5 juta pound kepada kanak-kanak Palestin di Gaza.
- pada tahun 2013, beliau mendermakan trofi Ballon d’Or kepada pusat kebajikan, Make-a-Wish Foundation yang kemudiannya berjaya meraih dana 600,000 pound di satu majlis satu lelongan.
- Tahun 2014, Ronaldo bukan sahaja mendermakan barangannya, malah turut menbiayai 83,000 usd untuk kos pembedahan seorang bayi 10 bulan.
- Beliau pernah selepas itu membayar harga tiket kepada peminat-peminat ciliknya yang berusia antar 10 – 13 tahun yang berasal daripada masyarakat miskin dan kemudiannya berjumpa dengan mereka untuk beramah mesra
- pada tahun 2015, beliau diberi penghargaan sebagai “the Most Charitable Athlete of the Year atas sumbangannya diluar padang dan kerja-kerja amalnya.
- pada tahun 2016, beliau pernah meningkatkan kesedaran tentang jutaan pelarian Syria yang memerlukan pertolongan menerusi akaun twitternya
- Pada tahun 2016, beliau mendermakan kesemua 600,00 euro hasilnya daripada kemenangannya di piala EUFA kepada yayasan yang menjalankan kajian di dalam kanser kanak-kanak
kita tidak mahu memberitahu mereka impian kita.
kita mahu tunjuk kepada mereka (impian tersebut).
~ Christiano Ronaldo
Banyakkan jasa Ronaldo. Jika beliau seorang Muslim, pasti beliau seorang Muslim yang hebat. Moga Allah bukakan hatinya kepada Islam.