Black Superman Di Dalam Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw


Ramai sedia maklum tentang siri spin-off daripada francais filem Fast & Furious yang dilakonkan oleh The Rock dan Jason Statham, iaitu Fast & Furious: Hobbs & Shaw. Didalam filem ini seperti yang telah dijangkakan, akan melibatkan banyak kenderaan-kenderaan yang menggiurkan serta lebih banyak aksi-aksi yang mendebarkan dengan kemunculan watak yang lebih ganas.

Idris Elba selaku watak penjahat yang diberi nama Brixton, merupakan seorang anarkis yang telah melalui naik taraf siber-genetik dan mempunyai kekuatan luar biasa yang membolehkan beliau dipanggil “Black Superman“, bertempur dengan Hobbs & Shaw dibantu oleh Hattie Shaw iaitu adik kepada Deckard Shaw (dilakonkan oleh Vanessa Kirby).

Selain daripada aksi-aksi ganas dan juga kemunculan adegan perlawanan diantara bangsa Maori dengan geng-geng Brixton, terdapat juga aksi-aksi lucu menerusi percakaran diantara dua hero ikonik tersebut apabila masing-masing mempunyai ego yang tinggi untuk membuktikan masing-masing lebih handal dan enggan bekerjasama. Jadi, apakah pengakhiran kepada filem ini? Sama-sama kita nantikan.

Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 2 Ogos ini. Adakah ia termasuk dalam senarai filem wajib tengok anda?


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini