•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cerita durian masih belum selesai, baik dalam media sosial, mahu pun gerai-gerai tepi jalan. Masih ramai yang beratur untuk menikmati keenakan raja buah ini. Tetapi, ramai yang masih tertanya, selamatkah durian untuk dinikmati oleh ibu-ibu yang sedang hamil?

Jika merujuk kepada pantang larang orang tua-tua, mereka melarang sama sekali untuk wanita mengandung menjamah durian. Bagi kaum cina, mereka berpendapat raja buah ini bersifat panas. Jadi, ianya berisiko tinggi kepada anak di dalam kandungan.

Sebenarnya, tiada kajian saintifik yang dibuat untuk mengkaji sama ada durian selamat atau tidak untuk dimakan ketika hamil.

Zaman berubah, keberanian ibu-ibu mengandung juga berubah. Disebabkan selalu melihat kemaskini tentang keenakan makan durian ini, ada ibu hamil yang ‘sangat teringin’. Jika tak tahan, ambillah dalam kuantiti yang sedikit. Bukan apa, buah ini mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi.

Dua ulas durian bersaiz sederhana pun mengandungi 60 kalori. Itu baru dua ulas, kalau dua biji?

Bagi wanita hamil yang menghidap kencing manis atau diabetes gestasi, anda perlu mengelak makan durian ini kerana kandungan gulanya tinggi.

Durian juga menghasilkan gas yang banyak dalam usus dan perut hingga ia menyebabkan ibu hamil kembung perut atau loya.

Baca juga  Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta Yang Ramai Tak Terfikir

Beberapa kajian yang dilakukan juga menunjukan manfaat buah durian iaitu mengandungi organo sulfur dan triptofan. Bahan-bahan berkenaan mempunyai antioksidan yang baik. Anda juga mungkin tidak mengetahui beberapa kelebihan lain durian yang ramai orang tidak tahu. Tahu makan sahaja!

Selain itu, durian juga mengandungi unsur anti mikrobial, anti bakteria dan anti fungus yang bagus untuk wanita hamil. Kandungan Potassium pada buah durian juga mampu mengurangkan rasa lelah. Potassium juga mengurangi tekanan pada pembuluh darah kerana ia mampu mengawal kadar sodium dalam darah.

Tips Makan Durian Untuk Ibu Hamil.

  • Walaupun tak sabar makan durian, bertenang. Jangan gelojoh. Risau tercekik biji durian jer.
  • Fahami perubahan badan anda. Jika rasa tidak selesa atau pening-pening, sila segera berhenti makan durian.
  • Jamahlah sekadar yang perlu.
  • Minum air kosong yang mencukupi selepas makan durian. Amalkan tips sejukkan badan selepas makan durian.
Kredit: Intanblog

Nota: Hanya anda yang memahami tindakbalas badan anda selepas makan durian. Segera berjumpa dengan doktor sekiranya rasa tidak selesa dengan kandungan anda.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini