Hari demi hari, teknologi semakin berke,bang selari dengan kemampuan manusia berfikir dan mencipta sesuatu. Kelebihan berfikir dan kecanggihan teknologi mampu mencipta sesuatu yang tidak masuk akal tetapi ianya benar-benar berlaku.
Sebuah makmal studio reka bentuk dan inovasi berpusat di Cambridge telah mencipta mesin yang boleh mencetak buah-buahan. Pernahkah kita terfikir tentang ciptaan ini? Tanpa biji benih, buah-buahan mampu dihasilkan dengan mesin cetakan.
Dovetailed telah membangunkan pencetak 3D yang mereka katakan boleh membuat tuaian yang boleh dimakan atas permintaan.
Peranti itu menggunakan teknik molekul-gastronomi yang dipanggil “spherification” yang menggabungkan titisan cecair dengan rasa yang berbeza ke dalam bentuk yang diingini, membolehkan penciptaan buah-buahan dalam beberapa saat.
Firma itu berkata mesin itu ditujukan kepada chef, pencinta makanan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat pengalaman menjamu selera yang kreatif. Buah-buahan boleh diwujudkan mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Unik kan?
Tiada pengetahuan pakar masakan atau molekul-gastronomi yang diperlukan untuk “dengan cepatnya mencipta buah-buahan 3D segar dan organik atas permintaan”.
Dr Vaiva Kalnikaite, Pengarah Kreatif dan Pengasas Dovetailed, berkata: “Kami telah mencipta semula konsep buah-buahan segar atas permintaan.”
Ketua perekacipta Dr Gabriel Villar menambah: “Dengan teknik percetakan baru kami, anda bukan sahaja dapat mewujudkan semula buah-buahan yang sedia ada, tetapi juga mencipta ciptaan anda sendiri.”
“Rasa, tekstur, saiz dan bentuk buah semua boleh disesuaikan.”
Setiap perkara yang dicipta oleh manusia pasti ada risiko dan kelemahannya. Ya, ciptaan ini sangat unik. Walaubagaimana pun, dalam masa yang sama, pencipta ini perlu menerangkan risiko dan bahaya yang mungkin dihadapi oleh si pemakan buah-buahan 3D ini.