Hari ini, Bulan Penuh Perigee paling dekat bagi tahun 2019. Fenomena ini juga dikenali sebagai SUPERMOON. Dijangka berlaku penuh pada jam 11.53 malam ini.

Fenomena bulan penuh ini amat dinantikan kerana bulan berada pada jarak paling dekat dengan bumi dan ia kelihatan lebih besar dan jelas daripada biasa.
Bulan penuh yang mempunyai perigee, atau titik kedudukan bulan paling dekat dengan bumi kurang daripada 360,000 km dikenali sebagai supermoon.
Ketika fenomena supermoon ini berlaku, jarak di antara bulan dan bumi sekitar 356,761 km. Ini bermakna bulan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa.
Ia juga amat jarang bagi fenomena tersebut untuk berlaku pada hari yang sama Pesta Tanglung diraikan.
Kali terakhir kedua-dua peristiwa tersebut berlaku pada hari sama adalah 28 Februari 2010.
Fenomena Supermoon seterusnya yang akan muncul lebih dekat hanya akan berlaku pada tahun 2034.