Bumblebee: The Movie – Trailer Rasmi Pertama


Trailer rasmi Bumblebee: The Movie telah diterbitkan. Jika selama ini anda menonton filem-filem Transformers secara berpasukan, kali ini Hasbro mula menghasilkankan filem Transformers dengan menumpukan kepada satu watak utama. Ia dimulai dengan watak Bumblebee.

Dalam mana-mana filem Transformers, Bumblebee merupakan watak yang penting selain daripada Optimus Prime. Wataknya yang menarik, lucu, bijak dan misteri ternyata begitu menarik untuk ditonjolkan kepada peminat.

Cerita ini berlatarkan tahun 1987, iaitu 20 tahun sebelum peristiwa filem Transformers yang pertama. Bumblebee yang dalam pelarian telah “luka-luka” dan mengalami kerosakan akibat pertempuran, telah menemui tempat persembunyian di tempat pembuangan besi buruk di sebuah bandar berpantai yang kecil di California.

Dia kemudiannya telah dijumpai oleh seorang gadis remaja yang baru sahaja memasuki usia 18 tahun, Charlie Watson di garaj besi buruk tersebut. Ketika cuba menghidupkan Bumblebee yang mengambil bentuk sebuah Wolkswagon Beetle berwarna kuning pada zaman itu, dia telah menyedari bahawa Wolkswagon kuning itu bukanlah sebuah kereta biasa. Malah ia adalah ahli Autobots yang dikenali sebagai Bumblebee.

Baca juga  Teaser Filem Animasi Frozen II, Sinopsis dan Pelakon

Bumblebee di dalam cerita ini sedikit berlainan bentuk badannya berbanding dengan bentuk yang biasa kita lihat di filem-filem Transformers sebelum ini. Wajahnya agak “cute” sepadan dengan rupa Walkswagon Beetle. Tapi kami amat teruja apabila wajah itu bertukar menjadi wajah yang sangat bengis (lihat trailer di atas) apabila beliau di dalam pertempuran.

Cerita ini berlegar tentang dua watak ini yang mana perhubungannya amat akrab. Dengarnya hubungan mereka berauthentik dan penuh emosi. Apa-apa pun ini baru trailer yang pertama. Belum dapat dibuat bayangan lagi ceritanya ssecara keseluruhan. Tapi dengan terbitnya trailer rasmi pertama ini, sedikit sebanyak para peminat sudah mendapat sedikit petunjuk tentang watak dan latar belakang masa.

Kita tunggu trailer rasmi ke dua nanti untuk petunjuk yang lebih mendalam…

Bumblebee: The Movie dijadualkan bakal ditayang di AS mulai 21 Desember 2018 nanti.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini