Drama bersiri lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak, Pujaan Hati Kanda berjaya menarik perhatian ramai. Dek kerana pengaruh ini, nama pelakon Mira Filzah diabadikan di sebuah pondok menunggu bas di Alor Gajah, Melaka.

Baru-baru ini Mira Filzah memuat naik sekeping foto di Instagram, gambarnya di bus stop yang terletak di Alor Gajah. Gambar tersebut menjadi kesukaan lebih 273 ribu pengikut setia.
Kini, lokasi tersebut menjadi perhatian ramai dan ada peminat yang mencari lokasi tersebut untuk merakam situasi gambar yang sama.




Tourism Melaka menerusi Facebook mereka turut berkongsi tentang penularan ‘bus stop’ Mira Filzah ini.
Menariknya, pondok menunggu bas itu juga dicantikkan semula oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah. Turut diletakkan di sini adalah papan tanda “Mira Filzah Was Here” bagi menandakan kehadiran Mira Filzah sebelum ini.

